GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendesak perjanjian antarabangsa untuk membantu mencegah dan memerangi pandemik masa depan.
Desakan dibuat ketua pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus di tengah-tengah kemunculan varian baharu COVID-19 Omicron yang membimbangkan.
Jelas Dr Tedros, masih banyak yang tidak diketahui tentang betapa mudahnya jangkitan dan gejala teruk oleh varian Omicron yang bermutasi tinggi.
"Satu perkara yang kita pelajari adalah tiada wilayah, negara, komuniti dan individu yang selamat sehingga kita semua selamat.
"Kemunculan varian Omicron yang sangat bermutasi menunjukkan betapa bahaya dan tidak menentunya keadaan kita.
"Afrika Selatan dan Botswana patut menerima pujian kerana mengesan, menyusun dan melaporkan varian ini, bukannya dihukum.
"Sesungguhnya, Omicron menunjukkan sebab kenapa dunia memerlukan persetujuan baharu mengenai wabak.
"Sistem semasa kita menghalang mana-mana negara daripada memaklumkan negara lain tentang ancaman yang pasti akan tiba juga di negara mereka," kata Dr Tedros.
Menurut beliau, kemunculan varian Omicron yang sangat bermutasi menunjukkan dunia masih dalam keadaan tidak menentu.
Justeru, beliau menggesa perjanjian konkrit untuk menentukan komitmen dunia menuju ke depan.
Tambah Dr Tedros, saintis WHO dan pakar kesihatan di seluruh dunia sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai ancaman ditimbulkan oleh varian baharu tersebut.
Katanya, maklumat berkaitan varian tersebut terutama berkaitan mudah menular, gejala lebih buruk, risiko penembusan vaksin sedang dikumpulkan.
Dr Tedros memberi amaran dunia perlu berjaga-jaga dengan ancaman koronavirus dan kemunculan varian Omikron adalah satu lagi peringkatan bahawa COVID-19 belum berakhir.
Dr Tedros menyertai pemimpin seperti Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Chile Sebastian Pinera untuk sesi khas bagi negara anggota agensi kesihatan PBB di Perhimpunan Kesihatan Sedunia.
Perhimpunan itu bertujuan untuk merangka pelan tindakan global ke arah mencegah, menyediakan dan bertindak balas terhadap wabak masa depan.
Astro Awani
Tue Nov 30 2021

DR TEDROS: Satu perkara yang kita pelajari adalah tiada wilayah, negara, komuniti dan individu yang selamat sehingga kita semua selamat. -Gambar fail
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.