Pegawai kesihatan Belanda menjalankan pemeriksaan di beberapa ladang ternakan di negara itu selepas penemuan virus selesema burung di Britain dan Jerman.
Pihak berkuasa juga telah mengharamkan pemindahan ayam dan itik di negara itu selepas virus selesema burung yang paling bahaya dikesan di sebuah kampung di Hekendorp. Virus dikesan juga mampu dijangkiti manusia.
Dianggarkan kira-kira 150,000 ekor ternakan di ladang itu telah dimusnahkan mengikut peraturan Eropah sebagai langkah berjaga-jaga.
Langkah itu telah dipuji oleh Suruhanjaya Eropah (EU) yang melihat satu langkah penting bagi menghalang penyebaran virus itu.
Sementara itu sebuah ladang ternakan itik di utara England telah ditutup pada hari Isnin selepas penemuan virus selesema burung di kawasan itu. Bagaimanapun, pegawai kesihatan negara itu berkata risiko virus itu berjangkit kepada manusia adalah rendah.
Kira-kira 6,000 ekor itik telah dimusnahkan dan kawasan berdekatan Driffield di Yorkshire seluas 10 kilometer telah ditutup.
Pakar virologi dan virus selesema burung terkenal Ron Fouchier, berkata pihak berkuasa Britain mendapati virus H5N8 ini adalah sama dengan virus yang ditemui di Jerman awal bulan ini dan sekarang di Belanda.
“Virus di UK adalah sama dengan virus yang ditemui di Jerman iaitu H5N8,” Fouchier memberitahu AFP.
Sumber EU berkata, virus yang sama telah ditemui di Belanda, Britain dan Jerman dan ia menjangkakan virus itu akan ditemui di negara Eropah lain seperti Perancis, Sepanyol dan Itali. Tambah beliau, virus itu mungkin berasal daripada angsa-angsa yang berhijrah dari kawasan utara ke selatan.
Sebelum ini virus H5N8 hanya didapati di Asia yang menyebabkan pemusnahan ribuan burung dan unggas, kebanyakkannya itik dua bulan lepas pengesanan virus itu di Korea Selatan.
Fouchier berkata, pihaknya sedang menyiasat bagaimana virus itu sampai ke Belanda.
“Kami tidak tahu bagaimana virus itu merebak di kawasan ini kerana ladang ternakan di sini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Asia,” beliau berkata.
Bagaimanapun beliau berkata virus itu berkemungkinan telah merebak melalui burung liar seperti itik atau angsa yang berhijrah dari Asia dan singgah di ladang ternakan Belanda itu.
Beliau juga menekankan bahawa virus itu tidak sama dengan virus yang merebak di Asia Tenggara pada 2005-2006 yang meragut lebih daripada 400 nyawa.
“Virus H5N1 ditemui di Asia Tenggara dan ia muncul buat pertama kali pada tahun 2003. Virus H7N9 pula telah meragut lebih daripada 170 nyawa selepas ia buat kali pertama dikesan pada 2013.
Virus H7N7 telah ditemui di Belanda pada tahun 2003 dimana sebanyak 30 juta burung telah dimusnahkan oleh pegawai kesihatan negara itu.
Terdapat sebanyak 95 juta ayam di ladang ternakan Belanda.
AFP
Tue Nov 18 2014
![Virus selesema burung ditemui di ladang ternakan Belanda, Britain Virus selesema burung ditemui di ladang ternakan Belanda, Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/81416274944_295x200.jpg)
Beberapa ekor itik di sebuah ladang ternak Britain yang didapati telah dijangkiti oleh virus selesema burung. - Foto AFP/Oli Scarff
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737019422_TBcasparveldkamp.jpg)
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721361264_NEtflixlogo.jpg)
Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.
![Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733650260_NetherlandsExplosio.jpg)
Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.
![Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733549076_schipholairport.jpg)
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
![Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/51485948860_SchipholAirport.jpg)
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
![EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720658510_tbOllieWatkinsEng.jpg)
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
![EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720569696_EUROBelanda.jpg)
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
![EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720307382_VirgilvanDijk.jpg)
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.