SEORANG wanita, Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.
Saksi berkongsi mereka melihat Arini memandu di sekitar litar Golden City Go-Kart sebanyak dua pusingan sebelum dia tiba-tiba terbabas.
"Tiada masalah ketika dia melakukan pusingan pertama. Bagaimanapun, kereta go-kart panduannya tiba-tiba merempuh penghadang tayar pada kelajuan tinggi. Tayar bukan masalah utamanya," kata Superintenden Kanan Polis Wilayah Kepulauan Riau, Zahwani Pandra Arsyad.
Zahwani berkata, saksi yang merupakan salah seorang staf yang berkhidmat di situ menghampiri Arini selepas kemalangan itu dan mendapati dia sudah pun tidak sedarkan diri.
Topi keledarnya tercampak akibat hentakan itu dan saksi juga perasan bahawa rambutnya -- yang sangat panjang -- telah tersangkut pada salah satu tayar belakang kenderaan itu.
Polis berkata dia dikejarkan ke klinik berhampiran, di mana dia terus disahkan meninggal dunia.
Rakan Arini juga telah membuat kenyataan bahawa kebanyakan kenderaan di situ mempunyai masalah brek.
"Saya terpaksa menghentam penghadang tayar di litar untuk berhenti namun enjin masih berfungsi.
"Arini juga memakai jaring kepala keselamatan (safety net),"katanya menerusi media akhbar Singapura, The Straits Time. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Feb 24 2024

Rakan Arini juga telah membuat dakwaan bahawa kebanyakan kenderaan di situ mempunyai masalah brek. - Gambar/ Stadium Astro

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir
Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.