Seorang wanita Islam berusia 28 tahun yang memakai niqab menjadi individu pertama di Denmark didenda kerana melanggar undang-undang melarang pakaian yang menutup wajah di tempat awam, lapor media tempatan.
Jumaat lalu, polis telah dipanggil ke sebuah kompleks beli-belah di Horsholm, di timur laut Nordsjaelland, ketika wanita itu sedang bergelut dengan seroang wanita lain yang mahu melucutkan niqabnya.
“Dalam pergelutan itu, niqabnya tertanggal. Namun ketika kami tiba, dia menyarungkannya semula,” ujar pegawai polis yang bertugas ketika itu, David Borchersen.
Polis mengambil gambar wanita yang memakai niqab itu, selain meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada kompleks beli-belah berkenaan.
Wanita itu dikenakan denda serta-merta sejumlah 1,000 Kroner (RM480), dan diminta menanggalkan niqabnya atau meninggalkan kawasan awam.
"Dia memilih untuk beredar dari tempat itu," ujar Borchersen.
Pada 1 Ogos, pemakaian burqa atau niqab yang menutup sebahagian besar wajah, di tempat awam boleh dikenakan denda bermula 1,000 Kroner. Denda itu boleh dikenakan kepada seseorang sehingga 10,000 Kroner (RM4,800) jika kesalahan itu berulang.
Selain burqa dan niqab, peraturan larangan itu juga melibatkan aksesori lelaki dan wanita yang menyembunyikan wajah seperti sarung kepala balaclava (topeng ski), topeng dan janggut palsu.
Agensi
Sun Aug 05 2018

Pemakaian niqab dan burqa di tempoat awam di Denmark sudah dianggap satu kesalahan. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengacara televisyen wanita di Afghanistan akhirnya patuh perintah kod pakaian Taliban
Pengarah TOLOnews Khpolwak Sapai berkata, syarikat penyiaran itu dipaksa supaya memastikan setiap pekerjanya menurut perintah.

Cadangan larangan pemakaian burqa di Sri Lanka dikritik
Pemimpin Kanan Majlis Muslim Sri Lanka mengkritik rancangan kerajaan menguatkuasakan larangan pemakaian burqa di negara itu.

Sri Lanka larang pemakaian burqa, tutup lebih 1,000 sekolah Islam
Sri Lanka akan melarang pemakaian burqa dan menutup lebih daripada 1,000 sekolah aliran agama Islam.

Larangan burqa: Switzerland setuju larang tutup wajah
Keputusan rasmi sementara menunjukkan, langkah untuk meminda perlembagaan Switzerland diluluskan dengan margin 51.2 berbalas 48.8.

Larangan berpurdah langgar hak asasi manusia
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB turut mengarahkan Perancis membayar pampasan kepada dua wanita yang didakwa kerana berpurdah pada 2012.

Wanita pertama didenda di Denmark kerana memakai niqab
Pada 1 Ogos, pemakaian burqa atau niqab yang menutup sebahagian besar wajah, di tempat awam di Denmark boleh dikenakan denda.

12 maut diserang Taliban berpakaian burqa di kolej Pakistan
Tiga penyerang dilaporkan memakai burqa bagi mendekati kawasan kolej itu menggunakan beca motor sebelum menembak orang ramai.