Seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai akibat dicakar kucing peliharaannya sendiri.
Menurut laporan Herald Sun, warga Australia berusia 80 tahun berkenaan dicakar kucingnya "Minty" sebelum haiwan tersebut bertindak menjilat luka pada wanita itu.
Keluarga wanita berkenaan menemui warga emas terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital di Melbourne.
Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia seminggu kemudian akibat jangkitan.
"Ini adalah masalah besar dan kini semakin kerap berlaku jangkitan tidak diketahui pada bahagian injap jantung hingga membawa maut jika tidak dirawat," kata Lindsay Grayson, Pengarah Penyakit Berjangkit di Pusat Kesihatan Austin, Melbourne.
Grayson memberi amaran mengenai bahaya jangkitan bakteria pada luka yang terbuka akibat dijilat oleh haiwan peliharaan.
Katanya, pemilik kucing perlu segera mendapatkan rawatan jika dicakar atau digigit oleh haiwan peliharaan.
"Sekurang-kurangnya satu kes jangkitan seperti yang berlaku ke atas wanita ini dilaporkan di hospital dalam tempoh seminggu," katanya.
Agensi
Mon Jul 06 2020

Doktor menegaskan bahaya jangkitan bakteria pada luka yang terbuka akibat dijilat haiwan peliharaan. -Gambar hiasan/Unsplash
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak pada Jummaat selesai memberi keterangan di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
AWANI Ringkas: Kes cabul di masjid: Remaja ditahan bantu siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Warga emas meninggal dunia selepas dicakar, dijilat kucing peliharaan
Seorang wanita warga emas meninggal dunia di Hospital Box Hill, Melbourne pada Mei akibat jangkitan bakteria.