GAZA: Warga Palestin di Gaza yang kehilangan tempat tinggal mengalami 'malam ngeri' pada malam sambutan Krismas apabila serangan udara Israel melanda kawasan kediaman, membunuh dan mencederakan ramai penduduk.
Penduduk kem pelarian al-Maghazi dan al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza memaklumkan Agensi Berita Xinhua bahawa mereka melarikan diri daripada rumah masing-masing semasa waktu subuh pada Isnin selepas menempuh "malam penuh cabaran".
Islam al-Hamid, 40, ibu kepada orang tiga anak dari al-Maghazi berkata tentera Israel memberi amaran kepada mereka supaya mengosongkan kem beberapa hari lepas namun beliau tidak menjangkakan serangan itu agak teruk terhadap penduduk yang enggan berpindah.
"Saya dan keluarga saya semuanya cedera. Saya melihat banyak mayat di atas tanah semasa saya diselamatkan," katanya.
Kem Al-Maghazi adalah antara kem pelarian terkecil di Gaza, baik daripada segi saiz dan populasi.
Ia dicirikan oleh lorong-lorongnya yang sempit dan kepadatan penduduk yang tinggi, dengan kira-kira 27,000 orang mendiami kawasan tidak melebihi 0.6 kilometer persegi.
Jurucakap Hospital Al-Aqsa, Khalil Al-Dakran berkata sekurang-kurangnya 95 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh atau cedera dalam serangan di Al-Maghazi.
Pertahanan Awam Palestin berkata ramai mangsa masih berada di bawah runtuhan kerana kekurangan peralatan menyelamat. Memburukkan keadaan, serangan udara Israel itu turut menghalang akses ambulans dan kenderaan pertahanan awam.
Seorang penduduk kem al-Bureij, Mahdi Manasrah berkata beliau kehilangan kira-kira 30 saudara mara dalam serangan Israel di kawasan itu.
Pejabat media Gaza berkata, lebih 50 serangan udara Israel melanda kem al-Nuseirat, al-Bureij, dan al-Maghazi pada malam sebelum Krismas.
Pejabat kemanusiaan PBB memberi amaran mengenai situasi buruk, merujuk kepada pembuangan najis di merata-rata tempat dan risiko penularan penyakit, terutamanya dalam cuaca buruk.
Kira-kira 1.9 juta orang atau 85 peratus daripada penduduk Gaza, kehilangan tempat tinggal sejak konflik antara Israel-Hamas tercetus sejak 7 Okt di mana 20,674 warga Palestin terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Seorang penduduk Palestin melihat runtuhan bangunan kediaman keluarganya yang musnah selepas serangan udara Israel di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza pada Isnin. - Foto AP

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata