SEBUAH bas meletup di Lambeth Bridge di sini mengakibatkan situasi panik buat para pelancong dan orang awam berdekatan yang tidak mengetahui letupan berkenaan sebenarnya sebahagian daripada penggambaran filem.
Menurut The Independent, sebahagian netizen kota London berkongsi rasa terkejut di media sosial selepas menyaksikan bas tersebut meletup lalu dimamah api. Ada juga yang menyangka insiden berkenaan merupakan serangan pengganas.
Salah seorang warga London yang merungut ialah penulis novel terkenal, Sophie Kinsella yang mengirim tweet: “Hei orang filem, lain kali kalau mahu letupkan bas di Lambeth Bridge, boleh tak beritahu dulu supaya kanak-kanak di taman tidak ketakutan?”
Letupan tersebut merupakan sebahagian adegan filem The Foreigner lakonan Jackie Chan dan Pierce Brosnan.
Bagaimanapun, terdapat warga London lain yang mengingatkan bahawa notis pemberitahuan mengenai letupan berkenaan telahpun dikeluarkan.
Nizam Bakeri
Mon Feb 08 2016

Masih ramai warga London yang tidak mengetahui mengenai penggambaran filem berkenaan walaupun notis bertulis telah diedar dan papan tanda dipadang di sekitar jambatan berkenaan - Foto Twitter/Liveuamap
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Warga London panik sebentar 'bas meletup' di jambatan
Sebuah bas yang meletup untuk penggambaran filem The Foreigner mengejutkan warga London yang menyangka letupan sebagai serangan pengganas.