KALI pertama Muzaffer Kayasan dijangkiti COVID-19, dia menyangka dia akan menemui maut kerana penyakit leukemia yang dihidapinya.
Selepas 14 bulan dan 78 kali dijangkiti COVID-19, Kayasan, 56, masih bergelut dengan virus berkenaan dan masih dikuarantin di rumah secara berterusan.
Kayasan kini dipercayai pemegang rekod tertinggi pernah dijangkiti COVID-19. Menurut pakar kesihatan yang pernah merawatnya, Kayasan berkemungkinan mempunyai sistem imun yang tinggi akibat barah yang dihidapinya.
Menurut Kayasan, walaupun dia sering keluar masuk hospital sejak Nov 2020, semangatnya tidak pernah luntur untuk kembali sembuh agar dapat menghabiskan masa dengan cucu tersayangnya.
“Mungkin virus ini adalah versi “wanita” - ia (virus) sungguh obses dengan saya,” kata Kayasan secara berjenaka, lapor portal berita Reuters, baru-baru ini.
Tempoh sembilan bulan dirawat di hospital dan lima bulan lagi dikuarantin di rumah, Kayasan mengakui bahawa dia cukup rindukan cucunya. Azra. Kini, mereka hanya boleh berbual melalui pintu kaca di kediamannya apabila Azra datang melawat.
“Saya akan dapat kembali bermain bersama anda selepas saya sembuh,” kata Kayasan kepada Azra selepas menghadiahkan cucunya satu telefon plastik.
Pesakit koronovirus yang mempunyai cabaran sistem imun pasti akan berdepan jangkitan yang agak lama dan akan mengalami masalah pernafasan, menurut satu kajian terbitan Jurnal Perubatan New England.
Persatuan Leukemia dan Limfoma pula menunjukkan seorang dari empat pesakit barah tidak menghasilkan sebarang antibodi selepas menerima dua suntikan vaksin.
Doktor Serap Simsek Yavuz, seorang pakar perubatan yang merawat Kayasan dilaporkan berkata, pesakitnya mempunyai rekod kes terpanjang dan kini sedang dipantau secara rapat untuk sebarang mutasi.
“Kes pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 selama 441 hari bukan perkara biasa,” tambah Doktor Cagri Buke, pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi klinikal di Acibadem Hospital.
Akibat dijangkiti berulang kali, Kayasan tidak menerima sebarang vaksin, Kerajaan tempatan hanya membenarkan pesakit yang sudah pulih untuk menerima suntikan vaksin.
Kayasan, yang sudah hilang deria rasa dan bau, kini telah merayu kepada Kerajaan Turki untuk melonggarkan kuarantin yang sedang dijalankan.
Anak lelakinya, Gokhan berkata, biar apa pun dugaan dihadapi, bapanya sentiasa kekal positif.
“Kami sering memberitahunya, anda seorang yang positif dan dijangkiti COVID-19 buat satu tempoh yang panjang dan tidak mungkin akan berubah menjadi negatif.
“Dia (Kayasan) akan menjawab dengan berkata yang ... dia masih tersangkut di lampu merah buat sekian lama dan tidak boleh ke mana-mana…”
Agensi
Tue Feb 22 2022
Kayasan ada memohon kepada Kerajaan tempatan untuk meringankan arahan kuarantin yang dikenakan ke atasnya. - fotoREUTERS
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
Johor rekod kematian baharu COVID-19
Tiga lagi pesakit masih dirawat di ICU sementara 123 pesakit sedang menjalani rawatan di hospital negeri itu.
Warga Turki catat rekod dijangkiti COVID-19 sepanjang 14 bulan
Kali pertama Muzaffer Kayasan dijangkiti COVID-19, dia menyangka akan meninggal dunia kerana penyakit leukimia yang dihidapinya.
COVID-19: Kebanyakan jangkitan babitkan kes di luar sesi persekolahan - Radzi Jidin
Beberapa kes jangkitan yang dikesan berlaku setakat ini adalah membabitkan kes jangkitan di luar sesi persekolahan.
Satu lagi bandar di China kenakan sekatan pergerakan untuk bendung COVID-19
Xian, di barat laut ibu kota wilayah Shaanxi, melaporkan kurang daripada 100 kes selepas hampir seminggu.
COVID-19: 3,683 jangkitan baharu dikesan dalam 24 jam
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 adalah 2,750,516 kes.
COVID-19: 19,198 kes baharu hari ini, Sarawak rekod 5,291 kes baharu
Ia sebahagian daripada 19,198 jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu.
COVID-19: 30 kluster baharu, majoriti melibatkan tempat kerja, komuniti
Dengan pertambahan 30 kluster baharu itu, ia menjadikan 3,761 kluster direkodkan sejak wabak ini mula melanda negara.
Tangguh Mesyuarat Khas Parlimen: COVID-19 bukan alasan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH beri amaran keras kepada Tan Sri Muhyiddin agar tidak memperalat agensi dan kementerian-kementerian, termasuk Dr Noor Hisham untuk menutup Parlimen pada Isnin ini.
COVID-19: 134 kematian dilaporkan, lebih separuh di Lembah Klang
39 kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor dan 32 kes lagi di Kuala Lumpur.
COVID-19: 18 kluster baharu dilaporkan, majoriti kluster komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 850 kluster COVID-19 masih lagi aktif ketika ini.