NEW DELHI: Persatuan media India telah menulis surat kepada mahkamah tertinggi di negara itu memohon perlindungan daripada apa yang mereka dakwa sebagai ugutan dan tindakan kekerasan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang selepas serbuan polis ke atas sebuah portal berita.
Polis India minggu ini menyerbu pejabat laman media digital NewsClick dan kediaman puluhan wartawan, penulis, pekerja dan individu lain yang dianggap mempunyai kaitan dengan portal itu berhubung dakwaan pendanaan asing dan "propaganda China."
18 organisasi media dalam surat bersama yang ditujukan kepada ketua hakim Mahkamah Agung D.Y. Chandrachud meminta badan kehakiman campur tangan untuk mempertahankan kebebasan media.
"Hakikatnya hari ini, sebahagian besar wartawan di India mendapati mereka bekerja di bawah ancaman tindakan balas," kata mereka.
Surat itu berkata "agensi penyiasat negara telah disalahgunakan dan dijadikan senjata terhadap media" dengan kes hasutan dan keganasan telah difailkan terhadap editor dan wartawan untuk mengganggu mereka.
"Kebimbangan kami ialah tindakan kerajaan terhadap media telah diambil melampaui had, dan sekiranya mereka dibenarkan meneruskan matlamat mereka, mungkin sudah terlambat untuk langkah pembetulan atau pembaikan," katanya.
Kumpulan media, termasuk Kelab Akhbar India, Digipub News India Foundation, Kesatuan Wartawan Delhi, dan Kelab Akhbar Mumbai, meminta badan kehakiman yang lebih tinggi campur tangan "untuk menamatkan penggunaan agensi penyiasatan yang semakin menindas terhadap media."
Beratus-ratus wartawan dan kumpulan masyarakat sivil mengadakan tunjuk perasaan di New Delhi pada Rabu membantah serbuan sehari sebelumnya.
NewsClick dalam satu kenyataan menafikan ia menerima pendanaan asing haram atau mempromosikan propaganda China.
"Semua dana yang diterima oleh Newsclick telah melalui saluran perbankan yang sesuai dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang," menurut kenyataan itu.
"Newsclick tidak menerbitkan sebarang berita atau maklumat atas arahan mana-mana entiti atau pihak berkuasa China, secara langsung atau tidak langsung," katanya, sambil menegaskan semua kandungannya boleh dilihat di internet oleh sesiapa sahaja.
Pengarang portal berita itu, Prabir Purkayastha, 76 tahun dan seorang pekerja telah ditahan dan beberapa peranti elektronik dirampas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Paranjoy Guha Thakurta (tengah) antara 46 individu ditahan polis Delhi pada Selasa. - Foto AP

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala
Sala dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan oleh pihak berkuasa Itali.

Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024
Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Mexico sebagai antara negara paling berbahaya bagi wartawan dalam laporan 2024 yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.

FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.

Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.

Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media
Ahmad Zahid berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.

Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny

Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media
Majlis Media Malaysia perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.

Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum
Golongan profesional media perlu nyatakan kebenaran meskipun industri memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai.