SEJURUS selesai berlintas langsung, seorang wartawan cuaca mengangkut mayat mangsa lelaki yang lemas dari pantai Gold Coast, Australia pada Jumaat.
Pada ketika itu, Luke Bradnam sedang membuat liputan mengenai situasi berbahaya dari Narrowneck.
Selepas bersiaran langsung, seorang peluncur papan ‘boogie’ memberitahunya bahawa dia ternampak seseorang yang kelihatan sedang bergelut di dalam air.
“Saya segera menanggalkan pakaian saya dan berlari dengan peluncur papan ‘boogie’ tersebut menuju ke laut.
“Apabila kami mendekatinya, ia jelas bahawa terdapat mayat yang terapung di dalam air,” kata Bradnam kepada saluran Channel 9.
Mangsa dipercayai merupakan seorang pengurus gimnasium warga negara United Kingdom, Jake Jacobs, yang dilaporkan hilang pada Khamis.
Memetik laporan The Australian, pada Jumaat, pihak polis dilaporkan berkata mereka menjangkakan Jacobs berkemungkinan telah meninggal dunia lama sebelum ditemui.
Mayat Jacobs ditemui di selatan daripada lokasi mayat seorang wanita lemas ditemui pada Jumaat.
Wanita yang berusia 29 tahun itu, berasal dari Victoria, dipercayai merupakan kenalan Jacobs dan ditemui tidak sedarkan diri di sepanjang pantai Kurrawa pada jam 10.15 malam.
Pasukan paramedik dipanggil ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan kepadanya, namun gagal.
Untuk rekod, beberapa pantai di Gold Coast ditutup pada Jumaat disebabkan keadaan laut yang bergelora.
Astro Awani
Sun Feb 07 2021
Selepas bersiaran langsung, seorang peluncur papan boogie memberitahu Bradnam bahawa dia ternampak seseorang yang kelihatan sedang bergelut di dalam air. - Foto 9news.com
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala
Sala dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan oleh pihak berkuasa Itali.
Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024
Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Mexico sebagai antara negara paling berbahaya bagi wartawan dalam laporan 2024 yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media
Ahmad Zahid berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media
Majlis Media Malaysia perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.
Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum
Golongan profesional media perlu nyatakan kebenaran meskipun industri memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai.