NEW DELHI: Seorang wartawan penyiaran Pakistan dipecat kerana menyertai lawatan ke Israel anjuran kumpulan asing yang mahu mempromosikan hubungan pro-Israel di negara Islam.
Menteri Penerangan dan Penyiaran Pakistan Marriyum Aurangzeb berkata wartawan itu menyertai lawatan itu dalam 'kapasiti peribadinya', menurut Pakistan Television Corporation (PTV).
"Wartawan penyiaran PTV itu telah ditamatkan perkhidmatannya," katanya.
Pakistan tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.
Lawatan itu yang turut dihadiri warga Pakistan-Amerika mencetuskan perbalahan di Pakistan, mendorong kerajaan untuk menjelaskan bahawa tiada perubahan dalam dasarnya berkenaan dengan negara Yahudi itu.
Antara yang mengkritik lawatan itu adalah bekas perdana menteri Imran Khan yang membangkitkan isu itu pada perhimpunan awam. Sementara ahli parlimen Jamaat-e-Islami Mushtaq Ahmad Khan menuntut agar kerakyatan Pakistan bagi warga Pakistan-Amerika dibatalkan.
Lawatan itu ditaja oleh sebuah organisasi bernama Sharaka, yang mendakwa diasaskan oleh "pemimpin muda dari Israel dan wilayah Teluk", dengan beberapa pejabat di rantau Teluk Arab dan Israel.
Ia bertujuan untuk mengambil kesempatan daripada perjanjian "Abraham Accords" baru-baru ini untuk mewar-warkan di dunia Islam pengiktirafan bagi Israel, khususnya di negara-negara Arab.
Presiden Israel Isaac Herzog menyifatkan pertemuan dengan kumpulan Pakistan-Amerika itu sebagai "pengalaman yang mengagumkan."
Kementerian Luar Pakistan menolak "pandangan mana-mana delegasi dari Pakistan yang melawat Israel" dan menegaskan bahawa "tiada sebarang perubahan" dalam dasar tradisional negara itu mengenai Palestin.
"Laporan lawatan berkenaan adalah anjuran NGO asing yang tidak berpangkalan di Pakistan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ia menyebut terdapat konsensus nasional mengenai isu Palestin.
"Penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka, berdaya maju berdasarkan sempadan sebelum 1967 dan Al-Quds Al-Sharif (Baitulmaqdis) sebagai ibu kotanya, selaras dengan resolusi PBB dan OIC yang berkaitan, adalah penting untuk keamanan yang adil dan berkekalan di rantau itu," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Pakistan tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. - Reuters

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.