Memandangkan Washington tidak mengiktiraf mahkamah tersebut, bermakna AS tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu - dan telah mengecam keras tindakan ICC itu.
Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap bekas Menteri Luar Israel, Yoav Gallant.
Pada Disember lalu, Israel mengemukakan rayuan terhadap waran tangkap tersebut dengan mendakwa prosedur pemberitahuan yang betul tidak diikuti dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa, menurut laporan Times of Israel.
Sementara itu, keadaan di luar Pejabat Oval sangat sibuk menjelang ketibaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sekumpulan wartawan berkumpul di kawasan itu, termasuk sebilangan besar daripada pasukan media Israel.
Di sepanjang laluan berturap berhampiran kawasan yang dikenali sebagai Pebble Beach, anggota perkhidmatan berseragam dari angkatan tentera AS berbaris dalam dua barisan, masing-masing memegang bendera AS. - Agensi