DUBAI: World Government Summit 2024 (WGS 2024) di sini menggesa kerajaan menangani isu-isu mendesak dan melakarkan hala tuju ke hadapan dalam landskap yang sentiasa berubah dan berkembang sekitar bidang kecerdasan buatan (AI).
Menteri Hal Ehwal Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Pengerusi WGS 2024, Mohammad Abdullah Al Gergawi menekankan potensi transformasi AI dengan menyatakan unjuran bahawa ia boleh mengautomasikan sehingga 70 peratus tugas merentas pelbagai sektor selain merevolusikan produktiviti.
Bagaimanapun, beliau juga memberi amaran mengenai penyebaran kandungan palsu, yang beliau gambarkan sebagai "pedang bermata dua" yang merosakkan kepercayaan dan memutarbelitkan fakta.
"Penyebaran maklumat media palsu merupakan satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi manusia," katanya dalam ucapan pembukaannya pada Isnin selain menekankan kepentingan melindungi kebenaran daripada putar belit untuk mengekalkan keyakinan dalam institusi dan individu sama.
Merujuk kepada beberapa dekad yang lalu, Mohammad Abdullah berkata bahawa beliau mengakui impak positif integrasi ekonomi global, yang telah mengeluarkan berbilion-bilion penduduk dunia daripada kemiskinan dan memacu pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, beliau turut menunjukkan risiko yang berkaitan dengan penurunannya, merujuk anggaran daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mencadangkan potensi kerugian 7 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global disebabkan peningkatan perlindungan dan sekatan perdagangan.
Bercakap mengenai WGS 2023, menteri itu menegaskan bahawa peserta sidang kemuncak membincangkan kepentingan melihat globalisasi sebagai pemacu pembangunan dan nilai ekonomi bukannya ancaman kepada kepentingan nasional.
Bekerjasama dan menggalakkan komunikasi budaya dikenal pasti sebagai strategi penting untuk mengurangkan perpecahan ekonomi dan mendorong kemakmuran bersama.
"Kita boleh mencapai banyak melalui himpunan ini," menurut menteri selain menyatakan harapannya bahawa persidangan itu akan memacu keutamaan dan pilihan baharu, mengalihkan perhatian kepada mencipta peluang untuk faedah manusia secara keseluruhan.
Dengan tema "Shaping Future Governments", WGS tahun ini memberi tumpuan kepada enam tema dan menganjurkan 15 forum global yang akan meneroka strategi masa depan dan transformasi utama dalam sektor-sektor utama merentas 110 dialog interaktif.
Lebih 200 penceramah terkemuka, termasuk presiden, menteri dan pemikir akan berkongsi pandangan mereka bersama 23 mesyuarat menteri dan sesi eksekutif yang menyambut lebih 300 menteri.v- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Dalam WGS 2024, potensi transformasi AI ditekankan dengan menyatakan unjuran bahawa ia boleh mengautomasikan sehingga 70 peratus tugas merentas pelbagai sektor selain merevolusikan produktiviti.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Perdana Menteri memulakan hari kedua lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu.
Anwar dijadual bertemu PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
UAE destinasi pertama PM Anwar bawa misi Malaysia perkukuh hubungan diplomatik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Tiga konvoi bantuan ke UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3
Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.