WASHINGTON: White House mengesahkan sedang mengusahakan pelan baharu untuk menguatkuasakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Menurut Penasihat Keselamatan White House John Kirby, cadangan baharu ini mendapat sokongan Israel.
"Wujud cadangan baharu mengenai gencatan senjata yang sedang diusahakan ketika ini.
"Saya boleh katakan Israel menyokong penuh cadangan baharu ini dan mereka mahu berunding dalam keadaan yang baik.
"Saya tidak akan menyentuh mengenai butiran lanjut. Tetapi kami berusaha keras untuk menjayakannya," katanya.
Kenyataan ini menyusul selepas Israel mendakwa ia telah menguasai sempadan Gaza dengan Mesir.
Pengusaan ke atas Koridor Philadelphi bermakna Israel berjaya melancarkan serangan ke selatan Gaza.
Rejim itu sebelum ini mendakwa ia melancarkan serangan terhad ke timur Rafah, di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.
Amerika Syarikat dan sekutu Israel yang lain sudah memberi amaran berkatan serangan di bandar itu, yang akan menyebabkan bencana kemanusiaan.
Astro Awani
Wed May 29 2024

KIRBY: Saya tidak akan menyentuh mengenai butiran lanjut. Tetapi kami berusaha keras untuk menjayakannya. - Foto fail/AP

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

White House "tidak boleh mengesahkan" laporan Ismail Haniyeh terbunuh di Iran
Yang pasti AS jelas bimbang terhadap peningkatan ketegangan susulan pembunuhan ini.

Kabinet Perang Israel, Netanyahu punya pilihan terhad - AS
Benjamin Netanyahu akan mengambil tindakan menyeluruh dalam pembubaran enam ahli Kabinetnya.

White House usaha pelan gencatan senjata baharu
Menurut Penasihat Keselamatan White House John Kirby, cadangan baharu ini mendapat sokongan Israel.

Serangan di Rafah tragis namun bukan operasi skala besar - AS
Kematian yang tercetus di Rafah baru-baru ini tidak dianggap sebagai satu operasi ketenteraan berskala besar yang melampaui batas.

White House berang dengan serangan ke atas pekerja bantuan WCK
John Kirby memaklumkan Washington mengecam serangan tersebut dan Israel perlu bertanggungjawab.

AS mahu Israel buka lintasan bantuan kemanusiaan baharu
John Kirby memberitahu bahawa laluan maritim boleh menggerakkan lebih banyak bantuan.

Serangan tindak balas Amerika terhadap pasukan pejuang pro-Iran di Syria, Iraq dikecam
Tentera Amerika serang tujuh kemudahan di Syria dan Iraq, tidak sasar Iran kerana mahu elak perang besar-besaran.

Tiga tentera AS terbunuh di Jordan: “Amerika tidak mahu berperang dengan Iran” - John Kirby
Namun, AS akan melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi diri mereka.

Pyongyang bekal peluru berpandu ke Moscow - AS
John Kirby memberitahu, tindakan itu sekaligus melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).