PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melihat tiada bukti vaksin dibangunkan Pfizer Inc dan BioNTech menjadi penyumbang kepada kematian warga tua selepas menerima suntikan.
Sebaliknya, WHO menegaskan, vaksin berkenaan masih lagi digunakan, mengulas kes kematian warga emas yang dijangkiti COVID-19 di Norway baru-baru ini.
Rumusan itu dibuat selepas barisan panel jawatankuasa penasihat global WHO bermesyuarat pada Selasa lalu.
"Laporan mengenai kematian akibat COVID-19 adalah menepati jangkaan kadar kematian dan punca kematian dalam kalangan sub populasi golongan yang lemah dan orang tua.
"Dan maklumat yang ada tidak mengesahkan peranan vaksin sebagai penyumbang dalam kejadian kes maut yang dilaporkan," kata Jawatankuasa Penasihat Global WHO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut WHO, keseimbangan risiko dan manfaat vaksin tetap baik pada orang tua.
Jawatankuasa itu bermesyuarat untuk meneliti laporan membabitkan beberapa warga emas dalam keadaan sangat sakit yang meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin terbabit.
BACA: Vaksin COVID-19: KKM lakukan penilaian risiko susulan kematian di Norway - Dr Adham
BACA: Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan Awam
Minggu lalu, seramai 23 warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa hari disuntik vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Norway.
Jumlah itu termasuk 13 kematian yang dilaporkan berkait ‘kesan sampingan’ selepas menerima suntikan vaksin.
Kes tersebut mencetuskan kerisauan dengan pihak berkuasa menyatakan ada kemungkinan kesan sampingan vaksin boleh memburukkan lagi keadaan penyakit.
Ini walaupun selepas mereka menjangkakan secara semulajadi bahawa pesakit yang lemah akan meninggal dunia kerana keadaan kesihatan mereka.
Astro Awani
Sat Jan 23 2021

Minggu lalu, seramai 23 warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa hari disuntik vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Norway. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).