GENEVA: Meskipun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak bermulanya simptom COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengesyorkan kuarantin 14 hari, lapor Xinhua memetik seorang pegawai daripada organisasi itu dalam taklimat media pada Selasa.
Bagaimanapun, kata Abdi Mahamud daripada Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, negara perlu membuat keputusan mengenai tempoh kuarantin berdasarkan situasi masing-masing.
Di negara yang mencatat jangkitan rendah, tempoh kuarantin yang lebih lama boleh membantu mengekalkan bilangan kes serendah mungkin, jelasnya. Bagaimanapun,di negara yang kes tidak dapat dikawal, tempoh kuarantin yang lebih singkat mungkin wajar untuk memastikan aktiviti harian negara tidak terjejas, tambahnya.
Pegawai WHO itu memberitahu wartawan terdapat kemungkinan untuk individu dijangkiti oleh kedua-dua influenza dan COVID-19. Namun, memandangkan kedua-duanya adalah virus berlainan yang menyerang badan dengan cara yang berbeza, risiko untuk kedua-duanya bergabung menjadi virus baharu adalah '"amat sedikit''.
Menurut WHO, setakat 29 Disember 2021, kira-kira 128 negara melaporkan kes varian Omicron. Di Afrika Selatan, yang mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes jangkitan diikuti dengan penurunan yang agak cepat, kemasukan ke hospital dan kadar kematian kekal rendah.
Bagaimanapun, situasi sama tidak semestinya berlaku di negara-negara lain, kata Mahamud.
"Walaupun kajian terkini semuanya menunjukkan fakta bahawa varian Omicron memberi kesan kepada bahagian atas sistem pernafasan dan bukannya paru-paru, yang merupakan berita baik, individu berisiko tinggi dan belum divaksin masih boleh mendapat sakit yang teruk daripada varian itu," tambahnya.
Mahamud berkata varian Omicron boleh mengatasi strain lain dalam masa beberapa minggu, terutamanya di kawasan yang mempunyai sejumlah besar orang yang mudah terdedah - terutamanya mereka yang tidak divaksin.
Menurut beliau, di Denmark kes varian Alpha mengambil masa dua minggu untuk meningkat dua kali ganda, manakala varian Omicron hanya mengambil masa dua hari.
Kumpulan Pakar Penasihat Strategik WHO (SAGE) mengenai Imunisasi dijadualkan bermesyuarat pada 19 Jan untuk mengkaji semula keadaan. Topik dalam agenda perbincangan mereka termasuk tempoh untuk dos penggalak, gabungan vaksin berlainan dan komposisi vaksin masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Bagaimanapun, kata Abdi Mahamud daripada Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, negara perlu membuat keputusan mengenai tempoh kuarantin berdasarkan situasi masing-masing. - Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.

Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.

Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi.

542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.

China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
China akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar sifar-COVID.

COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin
Penamatan kuarantin hotel itu berkuat kuasa pada Isnin, dua tahun selepas peraturan itu dilaksanakan bagi menangani jangkitan COVID-19.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.