Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas penerbangan Korea Selatan
Xi menyatakan bahawa beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas tragik yang mengorbankan banyak nyawa itu.
Bernama
Mon Dec 30 2024
Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mu berikutan nahas udara Jeju Air. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mu berikutan nahas udara Jeju Air, pada Ahad.
Xi menyatakan bahawa beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas tragik yang mengorbankan banyak nyawa itu.
"Saya mewakili kerajaan dan rakyat China mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada waris mangsa korban dan berharap mereka yang cedera dapat sembuh secepat mungkin," kata Xi.