SINGAPURA:Youtuber kontroversi dari Singapura, Amos Yee, yang kini berlindung dalam suaka di Amerika Syarikat (AS) sejak 3 tahun lalu, didakwa terlibat dalam pemilikan bahan pornografi membabitkan individu bawah umur, lapor akhbar Chicago Sun-Times.
Amos yang pernah dihukum penjara di Singapura pada tahun 2015 dan 2016 atas kesalahan mengeluarkan kata-kata menghina penganut Kristian dan Islam, dilaporkan membuat pertukaran gambar-gambar bogel dan ‘ribuan mesej’ dengan seorang remaja perempuan 14 tahun dari Texas.
Semua itu dilakukan ketika Amos tinggal dalam suaka di Chicago, lapor akhbar itu pada 16 Oktober.
Jika didapati bersalah, status suaka Amos boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, Amos, 20, muncul di Mahkamah Jenayah Leighton Yee, 20, untuk sesi perbicaraan mengenai bon dan telah dikenakan ikat jamin pada AS$1 juta (RM4.15 juta) serta dilarang menggunakan Internet sementara menantikan perbicaraan.
Akhbar Chicago Sun-Times yang memetik kata pendakwa raya Cook County, melaporkan bahawa rantaian mesej Amos tkepada remaja itu antara April dan Julai tahun lalu termasuk juga gambar bogel yang dimintanya dari remaja itu. Amos juga menghantar gambar bogelnya sendiri kepada perempuan itu.
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya dalam mesej itu, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsApp yang digunakan mereka untuk berkomunikasi.
Begitupun, selepas hubungan mereka semakin renggang, remaja perempuan itu telah membuat aduan kepada satu pihak yang ‘berminat membongkar kisah pedofilia’, seterusnya membawa kepada laporan rasmi kepada pihak berkuasa.
BACA: Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam (Laporan tahun 2015)
Agensi
Sat Oct 17 2020

Jika didapati bersalah, status suaka Amos boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal. - Reuters

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam
YouTuber terkenal Singapura Amos Yee ditahan reman satu malam, selepas ibu bapanya enggan membayar ikat jamin untuk beliau.