SINGAPURA: Bayi 14 bulan, Kwek Yu Xuan, yang dilahirkan pramatang di Singapura dengan hanya seberat 212 gram, mungkin mencatat rekod dunia sebagai bayi paling ringan dan dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat.
Menurut Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura, rekod baharu itu adalah berdasarkan catatan yang disimpan bahagian Pendaftaran Bayi Terkecil, Universiti Iowa.
NUH berkata, rekod bayi terkecil dunia sebelum ini adalah 245 gram sewaktu dilahirkan di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan BBC pada Mei 2019.
Kini, NUH menyatakan Yu Xuan sudah mencapai berat 6.3 kilogram dan dibenarkan keluar hospital pada 9 Julai lalu.
Pada sesi taklimat media secara dalam talian anjuran NUH hari ini, ibu bayi itu, Wong Mei Ling, berkata pada mulanya beliau dan suaminya, Kwek Wee Liang, berasa amat sedih kerana terpaksa melahirkan bayi pramatang.
"Sekarang kami amat gembira kerana ia membesar dengan sihat dan dibenarkan keluar hospital. Kami berasa kagum dan amat berterima kasih kepada doktor dan jururawat di unit rawatan rapi neonatal (NICU) atas perhatian dan penjagaan perubatan menakjubkan untuk Yu Xuan," katanya yang berasal dari Pontian, Johor.
"Selain itu kami juga ingin mengalungkan penghargaan dan terima kasih terhadap platfom kutipan sumbangan awam GIVE.asia serta penyumbang lain serta kepada keluarga, rakan, teman serta tuan rumah kediaman kami yang sentiasa menghulurkan bantuan serta galakan," katanya.
Ibu bapa Yu Xuan yang menjadi pemastautin Singapura, berjaya mengumpul kira-kira S$323,000 untuk membiayai kos perubatan menerusi GIVE.asia.
Pasangan itu pada awalnya merancang bayi itu dilahirkan di Malaysia untuk bersama dengan anak sulung mereka yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun disebabkan masalah 'preeclampsia' atau tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Mei Ling dimasukkan ke NUH dan menjalani pembedahan sewaktu mengandung 24 minggu enam hari, berbanding tempoh kehamilan biasa selama 40 minggu.
Yu Xuan dimasukkan ke NICU NUH dan terus berada di situ selama 13 bulan, menjadikan dia bayi paling lama berada di wad berkenaan.
"Pasukan NICU berterima kasih kepada keluarga Yu Xuan kerana kepercayaan yang diberikan terhadap kami untuk merawat dan menjaga bayi ini," kata Ketua dan Perunding Kanan, Jabatan Neonatal - Khoo Teck Puat, Institut Perubatan Kanak-Kanak (KTP-NUCMI, NUH), Profesor Madya Zubair Amin.
"Ia suatu perjalanan yang sangat sukar untuk Yu Xuan dan kami amat menghargai kerjasama dan sokongan padu daripada rakan, penyumbang serta seluruh masyarakat yang turut membantu terhadap kelansungan dan pembesaran bayi ini.
"Ini adalah kerjasama berpasukan berteraskan semangat dan minat untuk merawat," katanya.
Dilahirkan pada 9 Jun 2020, NUH berkata bayi ini begitu menakjubkan kerana mampu bertahan ketika menjalani rawatan dan berjuang untuk terus hidup, lebih-lebih lagi dilahirkan ketika pandemik COVID-19.
Sebagai bayi luar biasa COVID-19, dia mengharungi pelbagai liku kerana terpaksa bergantung kepada pelbagai jenis rawatan dan mesin untuk terus hidup, dan memberikan tindak balas positif terhadap semua rawatan dan penjagaan perubatan.
Dia begitu aktif, ceria dan memberi reaksi positif ketika berada di NICU dengan mendapat pemantauan rapi sepanjang masa daripada kakitangan KTP-NUCMI, NUH.
NUH berkata perkembangan dan keadaan Kesihatan Yu Xuan, semakin baik meskipun dia ketika ini menghidap penyakit paru-paru kronik dan tekanan tinggi salur darah - dua keadaan kesihatan lazim bagi bayi yang dilahirkan pramatang ekstrim.
Bagaimanapun, doktor percaya, keadaan kesihatannya akan menjadi bertambah baik seiring peningkatan usia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021

NUH menyatakan Yu Xuan sudah mencapai berat 6.3 kilogram dan dibenarkan keluar hospital pada 9 Julai lalu. - Gambar/ BERNAMA /NUH & keluarga Kwek

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Yu Xuan, bayi terkecil di dunia akhirnya dibenar keluar hospital
rekod baharu itu adalah berdasarkan catatan yang disimpan bahagian Pendaftaran Bayi Terkecil, Universiti Iowa.