Kerajaan Zimbabwe pada Jumaat mengisytiharkan bekas pengasas negara itu dan ikon pembebasan Robert Mugabe sebagai pahlawan negara, lapor agensi berita Zimbabwe New Ziana.
Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan perkara itu di Parlimen dan negara akan berkabung sehingga jasad pemimpin itu dikebumikan.
Mnangagwa berkata perjuangan dan pengorbanan Mugabe amat besar, mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah, justeru beliau berikrar untuk meneruskannya sehingga Zimbabwe mencapai kemakmuran dan menjadi sebuah negara yang kuat serta berkuasa.
BACA: Tak mahu gunting dalam lipatan, Mnangagwa buang habis 'orang Mugabe'
Mugabe, 95, meninggal dunia pada Jumaat di sebuah hospital di Singapura, tempat di mana beliau menjalani rawatan.
Beliau memerintah Zimbabwe sejak kemerdekaan negara pada 1980.
BACA: Robert Mugabe meninggal dunia
Mugabe berkhidmat sebagai presiden negara itu dari 1987 hingga 2017. Sebelum itu beliau memegang jawatan perdana menteri.
Pada November 2017, beliau meletak jawatan selepas menerima tekanan daripada tentera dan parti pemerintah Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe-Barisan Patriotik (ZANU-PF).
BACA: Ini 5 fakta berkenaan Robert Gabriel Mugabe
Kenya turut mengisytiharkan negara itu akan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan kepada Mugabe.
Mugabe meninggalkan seorang isteri Grace dan tiga orang anak Bona, Robert Jr dan Chatunga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
![Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567826130_EmmersonMnangagwa.jpg)
Mnangagwa ketika berucap di Parlimen, Harare, 6 Sept 2019. (Foto AP)
![Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738816480_TBRONALDO.jpg)
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
![Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726754884_WISMAPUTRA.jpg)
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817940_TBAZAMBAKI.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817714_TBHELICRASHjpg.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
![Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567826130_EmmersonMnangagwa.jpg)
Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara
Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan perkara itu di Parlimen dan negara akan berkabung sehingga jasad pemimpin itu dikebumikan.