Zon Keselamatan (SZ) di selatan Thailand, yang dinantikan sejak sekian lama, dijangka dibuka sebagai percubaan di satu kawasan yang dipersetujui bersama pada separuh pertama tahun depan.
Jurucakap MARA Patani (Majlis Syura Patani) Abu Hafez al-Hakim berkata projek perintis (SZ) itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.
"Sesungguhnya, ini adalah satu langkah kecil ke hadapan dan satu cabaran besar bukan sahaja bagi pihak A dan B (Thailand dan MARA), tetapi juga bagi para wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta penduduk tempatan yang akan menjadi sebahagian daripada SZ," katanya dalam kenyataan hari ini.
MARA Patani adalah badan yang menaungi beberapa kumpulan militan di selatan Thailand dan terlibat dengan beberapa pusingan rundingan damai tidak rasmi dengan Bangkok, hasil usaha Malaysia.
Abu Hafez berkata kedua-dua pihak menubuhkan Pasukan Teknikal Bersama (JTT) bagi membincangkan penubuhan SZ pada 26 Okt lepas dan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tarikh itu.
Menurutnya isu SZ masih relevan dan merupakan agenda penting yang akan dibincangkan.
"Perbincangan mengenai SZ merupakan penilaian sebenar tentang sikap saling mempercayai, komitmen, tolak ansur dan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama apabila ia dilaksanakan kelak," katanya.
Abu Hafez berkata pada mesyuarat kedua JTT mengenai SZ pada 22 Nov lepas, MARA Patani mengemukakan tiga syor kepada pihak kerajaan Thailand untuk diberi pertimbangan dalam usaha membina keyakinan sebelum SZ dilaksanakan.
"Suasana pada mesyuarat kedua JTT lebih mesra serta santai dan ini menunjukkan bahawa selepas dua tahun berbincang, indeks pembinaan keyakinan di antara kedua-dua pihak mula membuahkan hasil.
"Bagaimanapun, jalan ke arah kerjasama dan persefahaman penuh masih jauh di hadapan," katanya.
Syor yang dikemukakan itu mengandungi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap wakil MARA Patani di peringkat tempatan dan pembebasan tahanan politik, yang dianggap boleh membantu kejayaan pelaksanaan SZ.
Abu Hafez berkata syor ketiga ialah supaya kerajaan Thailand membatalkan cadangan membina loji janakuasa menggunakan tenaga arang batu, yang menimbulkan kontroversi serta penerokaan sumber asli lain di pedalaman wilayah selatan.
Pada mesyuarat JTT ketiga mengenai SZ pada 20 Dis lepas, kedua-dua pihak mencapai persetujuan menegenai deraf Rangka Kerja Umum mengenai Zon Keselamatan dan ia akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Bersama untuk diluluskan kelak.
Persidangan MARA Patani kedua pada 12 dan 13 Dis lepas dihadiri lebih 60 peserta teramasuk pemimpin terkemuka seperti Chegu Mae-Kutih, Awang Jabat, Kasturi Mahkota dan Ahmad Chu-Wo.
Pada akhir persidangan itu, MARA Patani menegaskan sekali lagi tentang komitmennya untuk menyelesaikan konflik Patani melalui dialog secara aman dengan Thailand. -- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016

Seorang pegawai polis berjalan melepasi sebuah kedai kedai runcit di Pattani, selatan Thailand, pada 3 November 2016, selepas ia musnah dalam satu kes pengeboman malam sebelumnya. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Zon Keselamatan selatan Thailand mungkin dilaksanakan tahun depan - MARA Patani
Projek perintis itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.