Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada Selasa berkata, syarikatnya akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar, lapor Reuters.
Perkara itu diumumkan ketika Zuckerberg sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu.
Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk mengekang mesej berunsur kebencian dalam rangkaian media sosial di Myanmar, yang sekarang ini mendominasi sistem komunikasi.
"Apa yang berlaku di Myanmar adalah tragedi yang dahsyat, dan kita harus lakukan yang lebih,” ujar Zuckerberg dalam pendengaran selama lima jam di hadapan Jawatankuasa Perdagangan Senat dan Jawatankuasa Pengadilan Senat.
Lebih daripada 650,000 orang Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar berikutan serangan dan penindasan oleh pasukan keselamatan, pada Ogos lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat insiden pembantaian etnik di Myanmar pada bulan lalu berkata, Facebook dikenal pasti menjadi sumber propaganda anti-Rohingya.
Pengerusi Misi Bebas Pencarian Fakta PBB di Myanmar, Marzuki Darusman, pada Mac mendakwa media sosial telah memainkan ‘peranan tertentu’ di Myanmar.
Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk memnyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.
"Sukar untuk melakukan ini tanpa mereka yang bertutur bahasa tempatan. Kita perlu tingkatkan usaha secara dramatik," ujar Zuckerberg yang juga meminta kumpulan masyarakat sivil membantu dalam mengenal pasti individu yang patut diharamkan dalam rangkaian itu.
Tambahnya, pasukan Facebook juga akan membuat perubahan produk di Myanmar dan negara-negara lain yang berdepan masalah keganasan etnik.
Agensi
Wed Apr 11 2018
![Zuckerberg janji 'bersihkan' kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar Zuckerberg janji 'bersihkan' kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506733193_Rohingya.jpg)
Facebook dikenal pasti menjadi alat untuk menyebarkan kebencian di Myanmar hingga etnik Rohingya tertindas. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738895856_TBBelasungkawaRosl.jpg)
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
![Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721021536_AwangSolahuddinHas.jpg)
Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
![Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686065369_tukulmahkamah.jpg)
Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk "India....Who lit the Fuse?", yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
![Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576513562_PrimeMinisterTun.jpg)
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
![Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574422418_sydneyislampregnan.jpg)
Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil
Sonny B Williams memuji tindakan berani orang awam yang menghentikan serangan seorang lelaki warganegara Australia yang memukul seorang wanita hamil beragama Islam.
![Wanita bertudung ini sangat berani Wanita bertudung ini sangat berani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556164271_Shaymaa.jpg)
Wanita bertudung ini sangat berani
Shaymaa bertembung dengan penunjuk perasaan anti-Islam dan terus meminta rakan mengambil gambarnya di hadapan kumpulan tersebut.
![Pemimpin DAP perlu kerja keras ubah stigma terhadap DAP Pemimpin DAP perlu kerja keras ubah stigma terhadap DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539380442_Terengganu.jpg)
Pemimpin DAP perlu kerja keras ubah stigma terhadap DAP
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata kepimpinan parti perlu memainkan peranan mendekati pengundi.
![Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520727207_950x600.jpg)
Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam
Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai 'ganjaran' ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.
![Trump dikritik di AS, Britian kerana kongsi video anti-Islam Trump dikritik di AS, Britian kerana kongsi video anti-Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61509677936_Trump.jpg)
Trump dikritik di AS, Britian kerana kongsi video anti-Islam
White House mempertahankan tweet Donald Trump, mengatakan apa yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang isu keselamatan.
![Kit Siang mahu saman Abdul Hadi berhubung dakwaan anti-Islam Kit Siang mahu saman Abdul Hadi berhubung dakwaan anti-Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485595302_LimKitSiang.jpg)
Kit Siang mahu saman Abdul Hadi berhubung dakwaan anti-Islam
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.
![Dulu anti-Asia, kini Pauline Hanson dakwa Australia dibanjiri umat Islam Dulu anti-Asia, kini Pauline Hanson dakwa Australia dibanjiri umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51474105211_PaulineHanson.jpg)
Dulu anti-Asia, kini Pauline Hanson dakwa Australia dibanjiri umat Islam
Pengasas parti One Nation di Australia Pauline Hanson mencadangkan larangan terhadap burqa dan pembinaan masjid-masjid baharu.