Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Goetze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi Isnin. -
Jeritan 'gol' memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.
"Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik," kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.
Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.
Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.
"Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini," kata Mohd Asri.
Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk melawat.
Beliau berkata jamuan khas akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan kemenangan pasukan Jerman itu.
Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.
Kampung tersebut dinamakan sedemikian berikutan terdapatnya bukti kehadiran masyarakat Jerman yang berdagang dan membuka kawasan pertanian di Sungai Peradin suatu ketika dahulu.
Terdapat kesan peninggalan sejarah seperti batu-bata dan tangga batu yang dianggap penduduk generasi tua sebagai bukti peninggalan tentera Jerman.
Dikatakan, ia merupakan penempatan sementara tentera Jerman yang disediakan oleh sekutunya Jepun yang berpangkalan di Singapura, selain Kampung Parit Jerman di Sitiawan, Perak dan sebuah markas di Pulau Pinang pada Perang Dunia Kedua.
Bernama
Mon Jul 14 2014
![Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71405304129_295x200.jpg)
Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Goetze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman.
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![Vaksin Pfizer tidak akan berada di pasaran dalam masa terdekat, ini sebabnya... Vaksin Pfizer tidak akan berada di pasaran dalam masa terdekat, ini sebabnya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605004628_Pfizersultracold.jpg)
Vaksin Pfizer tidak akan berada di pasaran dalam masa terdekat, ini sebabnya...
Kapasiti simpanan vaksin Pfizer Inc dan BioNTech SE yang sejuk melampau menjadikan vaksin itu jauh daripada boleh diperolehi seluruh dunia.
![Dua bintang tidak pakai hitam ke Golden Globes beri penjelasan Dua bintang tidak pakai hitam ke Golden Globes beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515481279_blancabarbara.jpg)
Dua bintang tidak pakai hitam ke Golden Globes beri penjelasan
Blanca Blanco dan Barbara Meier berkata pilihan warna gaun mereka tidak bermaksud mereka menentang kempen #MeToo dan #TimesUp.
![Virus selesema burung ditemui di ladang ternakan Belanda, Britain Virus selesema burung ditemui di ladang ternakan Belanda, Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/81416274944_295x200.jpg)
Virus selesema burung ditemui di ladang ternakan Belanda, Britain
Pegawai kesihatan Belanda memusnahkan 150,000 ekor ternakan selepas penemuan virus selesema burung di negara itu.
![Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71405304129_295x200.jpg)
Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia
Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014.
![Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61369955661_295x200.jpg)
Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan
Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini meminta maaf berhubung kenyataan "Hidup Hitler" yang dibuat oleh beliau selepas kemenangan Jerman di dalam separuh akhir Piala Dunia 2014.
![Jerman bimbang skandal penipuan daging Jerman bimbang skandal penipuan daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51360799804_295x200.jpg)
Jerman bimbang skandal penipuan daging
Susulan skandal penemuan daging kuda yang dilabel sebagai daging lembu, peruncit di Jerman bertindak untuk menghentikan penjualan produk berasaskan daging.