BUSAN: Kira-kira 100,000 penonton dari seluruh dunia menyaksikan konsert percuma kumpulan sensasi K-pop, BTS, pada Sabtu.
Persembahan superstar dunia pada konsert bertema 'BTS Yet To Come in Busan' ini sungguh hebat dan bertenaga, mendendangkan lagu-lagu popular mereka seperti Dynamite, Butter, Boy in Luv dan Ma City pada konsert yang belangsung selama 90 minit di Stadium Utama Asiad, di sini.
Konsert itu turut disiarkan secara langsung khas buat peminat mereka di seluruh dunia.
Bak Mi Jeong, 33, seorang penganalisis alam sekitar yang bekerja di syarikat swasta berpangkalan di Seoul, berkata suasana baik yang dikongsi sepanjang konsert itu sememangnya positif untuk menceritakan kepada dunia mengenai Busan.
"BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan. Saya optimis jika Busan menganjurkan Ekspo Dunia pada 2030, ia akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara, contohnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang di sini," kata anak kelahiran Busan itu kepada Bernama.
Bagi Lee Yuna dan Kim Min Gyeong pula konsert itu telah menarik perhatian dunia ke Busan.
"Ia konsert percuma dan sungguh mengejutkan, melihat bagaimana konsert itu mampu memberikan impak besar mengenai bandar Busan. Kami bangga melihat betapa berkesannya mesej yang mereka sampaikan melalui penganjuran konsert malam ini," kata pelajar sekolah menengah dari Seoul itu.
BTS, yang dipilih sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan bandar Busan pada Jun tahun ini.
MoU itu antara lain bertujuan mempromosi bandar berkenaan untuk konvensyen berprestij oleh Biro Pameran Antarabangsa (BIE).
Ekspo Dunia merupakan festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Olimpik.
Penganjuran ekspo itu dianggarkan menyumbang impak ekonomi bernilai 61 trilion won (US$49.1 bilion), lapor agensi berita Yonhap.
Korea Selatan bersaing dengan dua negara lain -- Itali dan Arab Saudi -- untuk menganjurkan ekspo itu, dan pemilihan akhir dijangka diumumkan pada November 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Kira-kira 100,000 penonton menyaksikan konsert percuma BTS bertema 'BTS Yet To Come in Busan', yang turut disiarkan secara langsung buat peminat mereka di seluruh dunia, pada Sabtu. - Foto Facebook World Music Awards

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.

Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.

Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.

BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.

Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.

Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.

Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.

'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.

Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.