PERNAH berdepan krisis rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi mendoakan sesiapa saja terutama golongan selebriti yang berdepan masalah itu dipermudahkan urusan.
“Saya berharap sesiapa saja diluar sana yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, semoga dipermudahkan. Itu saja yang boleh saya katakan kerana lain orang lain dugaannya,” katanya.
Syukur tidak lagi berdepan masalah itu, Adira berkata, keutamaannya kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarganya dilindungi.
Menurut Adira, dia mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang memandangkan anak-anak sudah semakin ramai dan usianya sudah meningkat.
“Alhamdulillah.. bahagian saya sudah lama berlalu. Fokus ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Itu saja yang penting.
“Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.
“Apatah lagi, saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja. Bukan apa, makin lama semakin tua. Sekarang ini hidup saya hendak lalui dengan tenang saja,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.
Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan oleh Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Thu Mar 16 2023
![8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami 8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678916281_Adirasuhaimi.jpg)
Beberapa hari lalu Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya. - Gambar GEMPAK
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714104452_TBdatoredjpg.jpg)
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
![8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami 8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678916281_Adirasuhaimi.jpg)
8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami
Keutamaan kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarga dilindungi.
![Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya - Adira Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya - Adira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574755246_adira-mak-header_1.jpg)
"Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya" - Adira
Adira Suhaimi menganggap insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu ada hikmahnya.
![Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'? Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568088065_hafizadi_ra.jpg)
Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'?
Pasangan duet popular, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, Ombak Rindu sekitar tahun 2011.
![Adira Suhaimi nafi diceraikan Datuk Red Adira Suhaimi nafi diceraikan Datuk Red](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41565330402_adira-(1).jpg)
Adira Suhaimi nafi diceraikan Datuk Red
Doakan yang baik-baik...