Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.
Menurut Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, foto-foto tersebut adalah sewaktu dia menghadiri jemputan buka puasa Ahad yang lalu di salah sebuah surau di Salak Tinggi.
"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi. Saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," katanya seperti dipetik menerusi portal mStar Online.
Jelas Acappan lagi dia menghadiri perbincangan mengenai agama selepas dijemput oleh seorang rakan yang mahu memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam.
"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).
"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.
Katanya lagi selepas foto tersebut viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan dan keluarga terdekat yang meminta penjelasan mengenai perkara tersebut.
"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," katanya.
Dalam pada itu Acappan secara terbuka suka dengan agama Islam dan meminta semua pihak tidak menyebarkan berita tidak benar.
Terdahulu, pelakon Mustapha Kamal telah memuat naik foto dan video Acappan di akaun Facebook miliknya berserta entri yang merujuk pelawak veteran tersebut sudah bergelar saudara baru.
Entri tersebut kemudiannya mendapat perkongsian daripada rakan-rakan selebriti lain seperti Yassin SYJ, Jihan Muse dan ramai lagi.
Gempak
Mon Jun 13 2016

Acappan hanya menghadiri majlis berbuka puasa bersama kenalan-kenalannya. - Foto Astro Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Garis Masa 2018: 'Selamat tinggal, bintangku...'
Sumbangan dan karya mereka akan terus dikenang sepanjang zaman.

Pernah tidur sebilik, Rosyam Nor kenang memori manis bersama Acappan
Rosyam Nor mengenang kembali memori bersama mendiang Acappan yang meninggal dunia pada 14 September lalu.

Acappan sembunyi derita daripada keluarga - Anak
Penderitaan Acappan atau nama sebenarnya R. Samynathan, yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Apa kenangan bersama Acappan, Sabri Yunus buka cerita...
Sabri Yunus berkongsi pengalaman bersama mendiang sepanjang mereka bekerjasama.

Pelakon dan pelawak, Acappan, meninggal dunia
Seniman dilaporkan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

Acappan nafi peluk Islam seperti yang viral di laman sosial
Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.