PENYANYI terkenal Adele menunaikan impian seorang remaja autisme berusia 12 tahun untuk berduet bersamanya dalam konsert di Manchester beberapa hari lalu.
Adele kini sedang dalam siri jelajah konsert 'Adele Live 2016' untuk mempromosi album terbarunya 25.
Lapor Manchester Evening News, ketika sedang berinteraksi bersama peminat, Adele ternampak Emily Tamman dan plakad yang bertulis "Impian saya untuk menyanyi bersama Adele".
Lantas, penyanyi berbadan gempal itu terus menjemput Emily ke tengah-tengah pentas di Manchester Arena dan menyuruh Emily menyanyi lagu popular Someone Like You.
Adele kemudian berdiri di belakang Emily dan mengangkat tangan sambil menyuruh para hadirin untuk terus bersorak.
Emily yang menghidap autisme dan sindrom Ehlers-Danlos terus menyanyikan lagu itu tanpa sebarang kesilapan.
Beberapa peminat Adele turut memuat naik video persembahan Emily di Twitter:
Kegembiraan ini turut dikongsi sendiri oleh bapa Emily iaitu Ray Tamman di Twitter.
“Adele merupakan penyanyi kegemaran beliau. Nasib baik kami duduk berhampiran pentas kecil di tengah-tengah (tempat penonton). Kami begitu dekat.
“Dia memegang plakad beliau. Ketika itu Adele sedang melihat beberapa plakad yang dipegang peminat.
“Adele nampak plakad Emily dan berkata, ‘Ok, mari naik ke atas pentas’,” jelas Ray Tamman kepada Manchester Evening News.
Syafique Shuib
Mon Mar 14 2016

Emily Tamman teruja dapat kongsi pentas bersama Adele. -Gambar: Twitter/Ray Tamman
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Selepas konsert '25', Adele bakal berehat selama 5 tahun?
Adele dikhabarkan mahu fokus kepada keluarganya setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album '25'.

Adele ajak remaja autisme berduet ketika konsert
Emily Tamman diberi peluang menyanyi bersama Adele setelah memegang sebuah plakad yang mendapat perhatian penyanyi 'Hello' itu.

Adele catat 12 rekod sepanjang tahun 2015
Sambutan luar biasa terhadap album penuh ketiga Adele, 25, telah menyaksikan penyanyi popular ini mencipta rekod demi rekod.

Grammy 2016 : Mengapa album 25 Adele tidak dicalonkan?
Album "25" yang dilancarkan Adele November lalu laris dijual dan mendapat kritikan positif, namun tidak tercalon untuk Grammy 2016. Mengapa?

Hello! Lionel Richie, Adele bakal bekerjasama?
Lionel Richie gembira lagu 'Hello' nyanyiannya kembali popular setelah Adele lancar lagu dengan tajuk yang sama.

Fenomena Adele dan 'Hello': 7 sebab kenapa Adele disayangi ramai
Ada apa dengan Adele? Apa yang istimewa tentang Adele? Astro AWANI kemukakan tujuh sebab mengapa.

Adele '25': Jualan yang luar biasa, tangga pertama carta iTunes Apple
Di iTunes sahaja, album '25' telah dijual kira-kira 900 ribu muat turun dan ia juga kini berada di tangga pertama di carta iTunes Apple di 110 negara.

Adele buat kejutan lagi, tolak penstriman album
Dilabel sebagai album paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan majalah Billboard menjangkakan album terbarunya yang berjudul '25' akan mencecah jualan 2.5 juta pada minggu pertama.

Setelah 'Hello', Adele lancar single kedua 'When We Were Young'
Lagu ini merupakan lagu kedua dari album 25 yang bakal berada di pasaran pada 20 November ini.