Jika anda peminat penyanyi antarabangsa Adele dan bercadang mendengar lagu-lagu daripada album terbaharu beliau melalui aplikasi penstriman muzik, anda pasti akan merasa kecewa.
Ini kerana Adele dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak meletakkan lagu-lagu daripada albumnya yang berjudul '25' di mana-mana aplikasi, seperti Spotify dan Apple Music.
Memetik laporan portal berita, The New York Times, keputusan tersebut dibuat sendiri oleh Adele, namun kenyataan daripada beberapa eksekutif muzik memberitahu kemungkinan untuk Adele mengubah fikirannya masih ada.
TONTON: Adele tampil dengan lagu 'Hello'
TONTON: Video muzik 'Hello' nyanyian Adele pecah rekod Vevo
Buat masa ini, hanya single pertama dari '25', Hello sahaja yang boleh didapati melalui aplikasi penstriman muzik.
Adele menjadi penyanyi ketiga bertindak sedemikian, selepas Beyonce dan Taylor Swift.
Dalam perkembangan berkaitan, peminat muzik di seluruh dunia sudah tidak sabar menantikan album itu menjengah pasaran, hari ini.
'25' dilabel sebagai album paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan majalah Billboard menjangkakan album itu akan mencecah jualan 2.5 juta pada minggu pertama.
Kali terakhir album berjaya dijual sebanyak itu pada minggu pertama adalah pada tahun 2000, iaitu album No Strings Attached oleh boyband 'NSYNC.
Entertainment Weekly dalam ulasannya menyifatkan album 25 sebagai "adunan rasa baharu dan lama", manakala US Weekly pula memberikan 4 bintang kepada album berkenaan.
Video muzik Hello yang dilancarkan tiga minggu lalu sudah mencecah tontonan lebih 400 juta setakat ini.
BACA: Setelah 'Hello', Adele lancar single kedua 'When We Were Young'
Madiha Abdullah
Fri Nov 20 2015
Adele menjadi penyanyi ketiga menolak penstriman melalui aplikasi muzik, selepas Beyonce dan Taylor Swift. - Gambar Fail
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Selepas konsert '25', Adele bakal berehat selama 5 tahun?
Adele dikhabarkan mahu fokus kepada keluarganya setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album '25'.
Adele ajak remaja autisme berduet ketika konsert
Emily Tamman diberi peluang menyanyi bersama Adele setelah memegang sebuah plakad yang mendapat perhatian penyanyi 'Hello' itu.
Adele catat 12 rekod sepanjang tahun 2015
Sambutan luar biasa terhadap album penuh ketiga Adele, 25, telah menyaksikan penyanyi popular ini mencipta rekod demi rekod.
Grammy 2016 : Mengapa album 25 Adele tidak dicalonkan?
Album "25" yang dilancarkan Adele November lalu laris dijual dan mendapat kritikan positif, namun tidak tercalon untuk Grammy 2016. Mengapa?
Hello! Lionel Richie, Adele bakal bekerjasama?
Lionel Richie gembira lagu 'Hello' nyanyiannya kembali popular setelah Adele lancar lagu dengan tajuk yang sama.
Fenomena Adele dan 'Hello': 7 sebab kenapa Adele disayangi ramai
Ada apa dengan Adele? Apa yang istimewa tentang Adele? Astro AWANI kemukakan tujuh sebab mengapa.
Adele '25': Jualan yang luar biasa, tangga pertama carta iTunes Apple
Di iTunes sahaja, album '25' telah dijual kira-kira 900 ribu muat turun dan ia juga kini berada di tangga pertama di carta iTunes Apple di 110 negara.
Adele buat kejutan lagi, tolak penstriman album
Dilabel sebagai album paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan majalah Billboard menjangkakan album terbarunya yang berjudul '25' akan mencecah jualan 2.5 juta pada minggu pertama.
Setelah 'Hello', Adele lancar single kedua 'When We Were Young'
Lagu ini merupakan lagu kedua dari album 25 yang bakal berada di pasaran pada 20 November ini.