PENDAKWAH bebas, PU Amin memohon golongan agamawan dan selebriti agar berhenti bertelagah di media sosial demi menjaga silaturrahim dan maruah masing-masing.
Jelas PU Amin, pertelagahan sesama sendiri di media sosial akan terus memberikan impak negatif dan buruk dari kaca mata peminat masing-masing dan warganet secara umumnya.
"Dulu pun saya pernah buat benda sama, tapi tiada perubahan. Jadi, untuk apa buat benda sama?
"Kadang-kadang (pertelagahan) akan memberikan impak negatif kepada kita juga terutama apabila kita membawa gelaran seperti PU (Pencetus Ummah).
"Lagipun, orang sekarang dah tahu perkara yang betul dan salah tapi apabila pendakwah dan artis bertelagah, jadi tak manislah," ulasnya.
Terdahulu, kecoh apabila ada antara golongan pendakwah saling berbahas dengan beberapa selebriti tempatan mengulas mengenai penganjuran konsert artis rock Britain, Coldplay yang dijangka tiba di Malaysia pada November hadapan.
Tambah PU Amin, daripada sudut positifnya, golongan agamawan dan selebriti adakalanya saling berhubung kait dan memerlukan antara satu sama lain.
"Circle kita kecil, program artis pun banyak melibatkan pendakwah-pendakwah. Kita pun berlakon juga, hadir ke acara hiburan, kita bacakan doa ketika permulaan acara hiburan dan sebagainya.
"Sampai bila kita nak kata apa yang artis buat itu tak betul tanpa kita menyediakan alternatif dan bawa ke jalan yang betul.
"Medium kita bukan nak dapat highlight di media sosial pun. Bukannya ada anugerah ustaz paling popular pun.
"Maksudnya, popular bagi ustaz bukan satu keutamaan dan kepentingan.
"Crowd pendakwah pun beza-beza, ada sekolah, universiti, makcik-makcik, TikTok, dan kita tak bersaing pun, masing-masing ada tempat.
"Tujuan kita sama, untuk sampaikan dakwah.
"Jadi saya harap pertelagahan ini tak berterusan. Hentikan pertelagahan agamawan dan selebriti.
"Sebab apa kita nak sekarang bagaimana agamawan membantu selebriti ke arah lebih baik dan bagaimana selebriti terbuka minda untuk menerimanya.
"Benda baik bukan cakap hari ini, esok orang terima. Bukannya magik!" tambahnya.
Mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengulas dan membahaskan isu-isu panas di media sosial, kata PU Amin lagi, hal sedemikian tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
"Saya pun sekarang tak boleh berkeras, tak jadi apa juga. Saya cakap minta doa orang, mereka tetap macam tu juga.
"Cuma rezeki, populariti, perniagaan mereka ada saya minta Allah berkati dan minta-minta dengan kejayaan itu mereka akan jadi baik suatu hari nanti.
"Kalau kita duk bantai, kecam pun tak jadi apa. Orang duk kecam dia, kita join jadi netizen sama," katanya.
Dalam perkembangan lain, PU Amin baru dilantik sebagai duta kepada Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dan panel kepada Program Ilmu Allah Tak Pernah Benci Kita bersama Da'i Azhar yang akan berlangsung pada 2 Jun di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan.
Menariknya juga, Malam Berselawat & Qasidah Perdana akan dilaksanakan di lokasi sama pada 3 Jun 2023 dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamdi, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulan Inteam.
Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan selain turut dijadualkan ke Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan Shah Alam. -Gempak
Gempak
Sat May 20 2023

Mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengulas dan membahaskan isu-isu panas di media sosial, kata PU Amin, hal sedemikian tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. -Gempak

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Agamawan, artis sudah-sudahlah bertelagah - PU Amin
Jelas PU Amin, pertelagahan sesama sendiri di media sosial akan terus memberikan impak negatif dan buruk dari kaca mata peminat masing-masing dan warganet secara umumnya.

PU Riz, PU Amin mampu tarik anak muda dalam bidang pengurusan umrah, haji - YEG Academy
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kelolaan YEG Academy merupakan satu-satunya program yang menyediakan latihan praktikal di Mekah dan Madinah

Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.

COVID-19: Terima hakikat Aidilfitri tahun ini tidak semeriah tahun lepas
Umat Islam perlu menerima hakikat sambutan Hari Raya Aildilfitri beberapa hari akan datang tidak semeriah tahun lepas.

'Biar gagap, biar merangkak, kesusahan belajar al-Quran juga ada pahala besar' - PU Amin
Dalam satu entri di Instagram miliknya, PU Amin turut berkongsi kelebihan membaca Al-Quran yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sajat masih di Masjidil Haram?
Moga dipermudahkan segala urusan jemaah di sana...

Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Pemergian tokoh agama terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz hari ini bukan sahaja 'ditangisi' rakan-rakan pendakwah, malah pemimpin negara.

#10YearChallenge: Nak buat, boleh, tapi ini nasihat PU Amin
Berkongsi pandangan berhubung perkara tersebut, kata pendakwah bebas Ustaz Amirul Amin tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi foto lama.

Sajat ugut nak potong guna pisau, PU Amin buat laporan polis?
Pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah membuat laporan polis berhubung ancaman yang diterima daripada usahawan kosmetik Nursajat semalam.

"Lalu tepi sekolah agama, tengok budak-budak syok berjoget aksi soft porn" - PU Amin terkilan
Pendakwah dan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, PU Amirul Amin terkejut dan terkilan melihat segelintir kanak-kanak terpengaruh dengan fenomena lagu Bobo Dimana.