Penyanyi Yuna menebus kembali maruahnya yang tercalar pada AIM-18 apabila lagunya Lelaki memenangi kategori utama Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 20 malam tadi.
Kemenangan Yuna menerusi lagu Penakut ditarik balik pada AIM 18 apabila berlaku kesilapan pada syarat penjurian yang menyebabkan kesalahan dalam pengiraan markah.
Penganjur menyerahkan trofi kemenangan kepada Edry Abdul Halim menerusi lagu Sedetik Lebih yang dipersembahkan oleh Anuar Zain tiga hari selepas majlis selesai.
Malam itu menjadi milik Hafiz apabila kategori utama Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik yang dimenangi album Luahan Hati Anak Seni.
Hafiz turut membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu menerusi album yang sama, manakala Dayang Nurfaizah pula menamatkan kemarau kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita.
Sementara itu mantan Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Tan Sri Dr Tony Fernandes dianugerahkan anugerah sepanjang hayat, Anugerah Sri Wirama.
Anugerah Industri Muzik edisi ke 20 berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan Nabil.
Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 2013
Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
2. Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya) --PEMENANG
3. Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
4. Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
5. Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
Lagu Nasyid Terbaik
1. Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
2. Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
3. Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
4. Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
5. Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury) --PEMENANG
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
2. In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!) --PEMENANG
3. You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
4. Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
5. Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)
Lagu Hip Hop Terbaik
1. Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
2. Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam) --PEMENANG
3. Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
4. Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
5. Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin) (dibatalkan)
Artis Baru Terbaik
1. Alex Subryn --PEMENANG
2. Jes Ebrahim
3. Mosyi
4. Sekumpulan Orang Gila
5. Yubi
Video Muzik Terbaik
1. Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
2. Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
3. Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
4. Feraless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
5. #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool) --PEMENANG
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
1. Forteen – Kita
2. Inteam – Syafaat-Mu
3. Nowseeheart – Maafkan Aku
4. Saujana – Salam Atasmu --PEMENANG
5. UNIC – Ya Hanana
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
1. Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas) --PEMENANG
2. Guba & Yuna – You’re So Fine
3. Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
4. Sleeq menampilkan Hazama – Lari
5. Velvet & Rich – Bersama Kamu
Lagu Pop Terbaik
1. Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
2. Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
3. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
4. Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
5. Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai) --PEMENANG
Lagu Rock Terbaik
1. Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat) --PEMENANG
2. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
3. Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
4. Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
5. Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
1. Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
2. Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
3. Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q) --PEMENANG
4. I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
5. Sayang – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)
Kulit Album Terbaik
1. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
2. Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
3. Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
4. Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
5. Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq) --PEMENANG
Rakaman Album Terbaik
1. Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
2. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
3. Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
4. Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh) --PEMENANG
5. O – Salammusik (Dubmalas)
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu
1. "Gelisah" - Amir Jahari (Anas Amdan & Mike Chan)
2. "Bila Resah" - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin) --PEMENANG
3. "Hadiah" - Go Gerila! (Go Gerila!)
4. "Perjalanan" - Go Gerila! ft. Loque (Go Gerila!)
5. "Mungkinkah" - Hafiz Suip (AG Coco)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
1. Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
2. Faizal Tahir – Biar
3. Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku --PEMENANG
4. Hazama – Relakan Jiwa
5. Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
1. Adira – Dewi Cinta
2. Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
3. Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas) --PEMENANG
4. Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
5. Najwa Mahiaddin – Impian Terindah
Album Terbaik
1. Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)
2. Kali Pertama - Asmidar (Audi Mok, Taja, Acap, Reza Ramsey, Hang Dimas & Aiyad Sakti)
3. Asalkan Aku OK - Awi Rafael (Awi Rafael & Hang Dimas)
4. Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip (LY, Hafiz Suip, AG Coco, Ajai, Satria Anggun (Indo), Kuncidemak, Mohd. Atlan, Manusia Putih, Mega Pandawa (Indo) & Aiman) --PEMENANG
5. Penglipur Lara - Hazama (Omar K, Audi Mok & Mike Chan)
Lagu Terbaik
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)
Anugerah Kembara
Shila Amzah
Anugerah Wirama
Tan Sri Dr. Tony Fernandes
Muzaffar Mustapa
Sun Dec 15 2013

Hafiz turut bawa pulang Vokal Terbaik
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

AIM20: Yuna tebus maruah, Lelaki diiktiraf Lagu Terbaik
Penyanyi Yuna menebus kembali maruahnya yang tercalar pada AIM-18 apabila lagunya Lelaki memenangi kategori utama Lagu Terbaik di AIM-20.

Aznil, Nabil bergabung kemudi AIM 20
Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 bakal menggandingkan Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad sebagai hos.