Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat pencarian jasad nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 di dasar laut berdepan kesukaran mengeluarkan mayat mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat sudah berkecai.
Seorang penyelam dari kelab Indonesia Divers yang terbabit dalam operasi mencari pada Isnin berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat sehingga sukar untuk dikeluarkan, lapor kompas.com.
Memasuki hari kedua pencarian selepas agensi mencari dan menyelamat nasional (BASARNAS) memberi rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini.
Dalam operasi pada Isnin, tujuh mayat berjaya dikesan. Bagaimanapun, setakat ini, empat mayat berjaya dikeluarkan dan diangkat ke kapal KN SAR Pacitan.
Tiga lagi mayat dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Berbeza pada Ahad, keadaan cuaca pada Isnin dilaporkan baik dengan ombak dianggarkan setinggi satu meter, manakala arus di dasar laut berkelajuan di antara satu hingga dua knot.
Sejumlah 26 penyelam kini ditugaskan di lokasi pencarian dasar laut bagi mencari baki mayat nahas pesawat itu yang masih belum ditemui.
Astro Awani
Mon Feb 02 2015
Seorang penyelam yang terbabit dalam operasi mencari berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat hingga sukar dikeluarkan. -Gambar fail
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah
Tidak cukup menerbangkan penyanyi luar negara, majlis itu malah dikendalikan oleh Raffi Ahmad dengan ramai artis Indonesia termasuk Raisa, Via Vallen dan Afgan juga hadir.
Lombok hab baharu AirAsia di Indonesia
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia secara rasmi melancarkan hab baharunya di Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia.
AirAsia tarik semua penerbangan dari Traveloka
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini membuat keputusan mengeluarkan kesemua penerbangannya dari aplikasi penempahan tiket dalam talian, Traveloka.
Selebriti Raline Shah dilantik Pengarah AirAsia Indonesia
Pelakon cantik Indonesia, Raline Shah dilantik sebagai pengarah baharu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia.
Kerosakan sistem kemudi jadi faktor utama nahas AirAsia Indonesia: Siasatan
Kerosakan pada sistem kawalan kemudi dikenal pasti sebagai faktor yang menyebabkan pesawat AirAsia terhempas ke Laut Jawa.
QZ8501: Jasad disangka mayat mangsa rupanya seekor monyet
Budiyono berkata, pasukannya menyangka mayat itu milik penumpang pesawat QZ8501 kerana ketinggian 30-35 sentimeter itu hampir menyerupai tubuh kanak-kanak.
AirAsia QZ8501: Mayat sukar dikeluarkan kerana terbelit kabel - penyelam
Seorang penyelam dari kelab Indonesia Divers yang terbabit dalam operasi mencari pada Isnin berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat sehingga sukar untuk dikeluarkan.
Dua lagi mangsa nahas pesawat AirAsia dikenal pasti
Dua lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 dikenal pasti pada Jumaat. Mereka ialah Martinus Djomi dan Marwin Sholeh, kedua-duanya lelaki, kata AirAsia Indonesia dalam satu kenyataan.
Singapura beri kebenaran penerbangan AirAsia Surabaya-Singapura
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, telah diluluskan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Singapura.
MAS dan Airbus ucap takziah kepada keluarga pesawat QZ8501
Malaysia Airlines (MAS) hari ini menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.