Channing Tatum menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antaranya dan bekas isteri.
Astro Awani
Tue Apr 03 2018
Pasangan Channing dan Jenna bertemu di set pengambaran 'Step Up' pada 2005 dan berkahwin pada 2009. - Foto Reuters
AKTOR Hollywood Channing Tatum mengumumkan keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Jenna Dewan selepas lapan tahun berkahwin.
Dalam satu kenyataan melalui akaun Instagram peribadinya, Tatum menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antara mereka.
Kedua pelakon itu bertemu di set pengambaran ’Step Up’ pada 2005.
Mereka berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Everly, 4 tahun.