PELAKON, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu.
Ahli keluarga mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Twitter.
Mayhew meninggal dunia pada usia 74 tahun ketika berada di kediamannya di Utara Texas bersama keluarga.
Bagaimanapun, ahli keluarga tidak mendedahkan punca kematian Mayhew.
Mayhew sebelum ini pernah memainkan watak yang berusia 200 tahun itu dalam siri The Empire Strikes Back, Return of Jedi, Revenge of The Sith, The Force Awakens dan The Star Wars Holiday Special.
Bagi sitkom televisyen pula, Mayhew pernah muncul dalam drama bersiri Donny & Marie, The Muppet Show dan Glee.
Bakatnya mula digilap oleh produser, Charles H. Schneer sewaktu bertugas sebagai pembantu di sebuah hospital di London menerusi filem Sinbad and the Eye of the Tiger arahan Ray Harryhausen.
Satu majlis penghormatan terakhir akan diadakan pada 29 Jun ini, manakala majlis seumpamanya akan diadakan buat peminat siri Star Wars menerusi persidangan EmpireCon pada Disember nanti.
Astro Awani
Thu May 02 2019

Pelakon, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu. Foto: Reuters

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Aktor 'Chewbacca' meninggal dunia pada usia 74 tahun
Pelakon, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu.

Jabba the Hutt kembali dalam Solo: A Star Wars Story
Kemunculan Jabba selepas 35 tahun ini adalah strategi Disney untuk menarik peminat naskhah asal dunia ciptaan George Lucas itu.

Kisah hidup Han Solo didedah dalam spin-off Star Wars terbaharu
Pengarahnya Ron Howard dalam mengumumkan perkara itu berkata tajuk berkenaan diilhamkan pelakon asal watak itu Harrison Ford.

'Wanita topeng Chewbacca' luangkan masa di ibu pejabat Facebook
Bintang video 'Chewbacca paling gembira', Candace Payne, berpeluang menghabiskan masa di ibu pejabat Facebook, pada Selasa (waktu tempatan).

Video 'wanita topeng Chewbacca' pecah rekod, ditonton lebih 123 juta kali
Candace Payne yang mencuit hati komuniti internet dunia menyifatkan reaksi orang ramai terhadap videonya sebagai 'sangat gila'.