Aktor British Benedict Cumberbatch, yang terkenal kerana membawakan watak fiksyen pembanteras jenayah Sherlock Holmes dan adiwira terbitan komik Marvel dalam filem Doctor Strange, telah diraikan sebagai seorang wira kerana menyelamatkan seorang lelaki daripada diserang empat penyamun di London.
Pihak polis akhirnya mendedahkan tentang insiden itu yang berlaku pada November tahun lalu.
Reuters melaporkan, Cumberbatch, 41 tahun, bergegas keluar daripada teksi yang dinaikinya untuk membantu seorang lelaki yang sedang diserang penjenayah-penjenayah tersebut, lapor akhbar The Sun.
Mangsa yang menaiki basikal itu merupakan seorang penghantar makanan bagi syarikat Deliveroo.
“Mangsa sangat bertuah, Benedict seorang adiwira!
“Benedict sangat berani dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Jika dia tidak membantu, mangsa tentunya mengalami kecederaan yang lebih serius,” ujar pemandu Uber Cumberbatch ketika itu, Manuel Dias.
Insiden itu berlaku di Marylebone High Street, yang kebetulan berdekatan dengan lokasi kediaman fiksyen Holmes di Baker Street.
“Salah seorang penyerang cuba memegang basikal mangsa untuk menahannya. Mangsa telah ditumbuk di muka, dan dibantai di bahagian kepala dengan topi keledar.
“Tiada kecurian dilaporkan. Mangsa juga tidak memerlukan rawatan hospital. Tiada tangkapan dibuat,” ujar pihak polis.
Cumberbatch, yang membawa watak detektif dalam siri televisyen Sherlock since 2010, juga membintangi filem seperti The Hobbit, Avengers: Infinity War dan The Imitation Game.
Dias berkata, aktor itu telah berdepan dengan kumpulan penyerang tersebut dan berjaya menarik mereka menjauhi mangsa, selain menjerit: “Jangan ganggu dia lagi!”
Cumberbatch bagaimanapun memberitahu akhbar The Sun bahawa dia bukanlah wira.
“Saya melakukannya kerana... saya perlu lakukannya,” ujar Cumberbatch.
Agensi
Sun Jun 03 2018

Cumberbatch jadi wira kepada seorang mangsa samun di jalanan. - Foto REUTERS

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Aktor 'Doctor Strange' selamatkan pengayuh basikal daripada disamun
Cumberbatch bergegas keluar dari sebuah teksi untuk membantu lelaki yang menjadi mangsa samun berkumpulan itu.