SETELAH 10 tahun tidak mempunyai anak kecil, penyanyi Tom mengakui bukan mudah untuk dia melalui proses kehamilan disebabkan peningkatan usia.
Mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini mengambil keputusan untuk menolak tawaran menyanyi buat sementara waktu.
“Setiap kali saya hamil, memang alahan yang teruk, cuma apabila semakin meningkat usia, badan semakin lemah berbanding dulu.
"Kali terakhir mengandung 10 tahun lalu, namun diberikan rezeki untuk mengandung lagi. Kandungan saya masih lagi baru, nak masuk dua bulan.
"Sebelum ini tiada rezeki kerana saya memang seorang yang lasak dan banyak ‘show’ namun kali ini terpaksa kurangkan kerana kesihatan pun tidak mengizinkan.
"Alhamdulillah selepas mendirikan rumah tangga dengan Fuad, saya banyak ditawarkan untuk membuat persembahan di Singapura. Pakej suami isteri dan menumpang rezeki Fuad di sana.
“Namun buat sementara waktu ini, saya terpaksa menolak dulu persembahan kerana badan tidak kuat. Hanya mampu baring dan makan namun mesti muntah.
"Bukan ‘morning sickness’ tetapi pagi petang, siang dan malam,” katanya.
Kongsi Tom, hidungnya juga menjadi bertambah sensitif dengan bau-bauan sejak hamil malah, dia juga tidak dapat memasak sepanjang tempoh ini kerana alahan yang dialami.
“Saya tidak boleh menghidu sesuatu yang terlalu wangi dan sebarang bau-bauan. Malah, bau anak-anak dan suami pun boleh membuatkan saya pening dan loya.
“Oleh itu, sepanjang tempoh ini saya pun tidak boleh memasak kerana tidak tahan dengan bau. Memang lemah betul keadaan saya ketika ini,” katanya.
Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada majlis tertutup pada 26 Februari lalu.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta pada 2005, namun, berpisah pada 2010 apabila Fuad ditahan Polis Singapura dan dihukum penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Cinta mereka bertaut semula selepas masing-masing terbabit dalam musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9), tahun lalu. -Gempak
Gempak
Fri Jul 14 2023

Mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini mengambil keputusan untuk menolak tawaran menyanyi buat sementara waktu. -Gempak

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer
Pengawal Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai sejarah alahan untuk tidak berdaftar vaksin Pfizer-BioNTech.