BAYAN BARU: Buat julung kalinya Astro melancarkan Astro Experience Store di Pulau Pinang hari ini dalam usaha memberi perkhidmatan dan pengalaman terkini kepada pelanggannya.
Terletak di tingkat dua pusat membeli belah Queensbay Mall, para pelanggan dapat melihat secara dekat pelbagai produk dan perkhidmatan terkini daripada Astro di situ.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, Astro menyediakan ruang fizikal menerusi Astro Experience Store yang pertama di Pulau Pinang agar pelanggan dapat menikmati kandungan terbaik bersama Astro.
Smith berkata, para pelanggan juga boleh mencuba kesemua ciri-ciri Ultra Box termasuk 4K UHD, mengetahui nilai pek TV terbaik dan cara-cara menikmati hiburan secara on the go dengan aplikasi Astro GO.
"Sudah tiba masanya kami bawakan Astro Experience Store buat pertama kalinya ke Queensbay Mall ini, pelanggan boleh datang dan menikmati sendiri semua pakej Astro yang ada,
"Kita ada Ultra Box, Astro on Demand, HBO GO, kita juga akan membawa lebih banyak selebriti Astro dan seperti hari ini kami bawakan Games of Thrones (House Of Dragon), kita bawakan juga pemain badminton negara Goh Liu Ying, personaliti, watak Didi & Friends, kami akan bawa lebih banyak acara menarik ke sini. Kami sudah bersedia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan Astro Experience Store di Queensbay Mall di Pulau Pinang pada Sabtu.
Para pelanggan khususnya peminat Games of Thrones (HBO) katanya boleh mendapatkan set barangan eksklusif House of The Dragon dan berpeluang memenangi kerusi gaming edisi terhad House of Dragon X Secretlab apabila mendaftar atau menaik taraf ke Pek Astro Movie, Premium 1 dan 3.
Dalam pada itu, Smith berkata, selepas Pulau Pinang, pihak Astro akan membuka Astro Experience Store kedua di Kuala Lumpur.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Aug 20 2022

Smith ditemui selepas perasmian pembukaan Astro Experience Store di Queensbay Mall di Pulau Pinang pada Sabtu.- Foto Astro AWANI

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Putrajaya 'diserang' Cordyceps!
Astro Experience Store di IOI City Mall Putrajaya membawakan pengalaman dunia siri terbaharu HBO, 'The Last of Us'.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembukaan istimewa Astro Experience Store terbesar di IOI City Mall
Astro membuka salah satu Astro Experience Store terbesarnya di IOI City Mall, Putrajaya pada bulan ini.

Alaminya sendiri, pembukaan Astro Experience Store pertama di Pulau Pinang meriah!
Buat julung kalinya Astro melancarkan Astro Experience Store di Pulau Pinang dalam usaha memberi perkhidmatan terkini kepada pelanggannya.

Dapatkan TV 4K UHD 50 inci hanya RM1* di kedai baharu Astro di Queensbay Mall
Jadi antara 50 yang terawal mendaftar atau menaik taraf ke Pek Platinum pada 20 Ogos 2022 untuk berpeluang membeli TV 4K UHD 50 inci.