Pemain gitar Pink Floyd, David Gilmour menyifatkan album The Endless River, album studio selepas dua dekad tanpa sebarang album, sebagai penuh 'emosi', lapor Uncut.
The Endless River yang dijangka berada dipasaran awal November merupakan satu penghormatan kepada pemian keyborad mereka, mendiang Rick Wright. Album ini mengadungi material yang dicipta ketika sesi rakaman Division Bell pada 1993.
"Bagi saya, ia sangat emosi dalam banyak detik. Dan mendengar semua lagu itu yang membuatkan saya menyesal atas pemergian Rick.
"Ini peluang terakhir untuk peminat kami mendengar Rick bermain bersama kami dengan caranya tersendiri," katanya.
Sementara pemian drum Pink Floyd, Nick Mason pula berkata album The Endless River merupakan cara terbaik untuk peminat mengenali Rick Wright.
"Rakaman ini adalah cara yang baik untuk lebih mengenali Rick.
"Apa dan bagaimana beliau bermain di tengah-tengah bunyi Pink Floyd.
"Mendengar kembali sesi rakaman, ia benar-benar membuatkan saya merasai betapa istimewanya beliau," katanya.
The Endless River kebanyakkan instrumental diterbitkan oleh Phil Manzanera, Youth and Andy Jackson. Ia direka sebagai sebuah LP yang mempunyai empat bahagian.
Pink Floyd adalah band progressive rock yang ditubuhkan pada tahun 1966 dan kali terakhir merakamkan album studio pada tahun 1993.
Ia terkenal kerana komposisi lagu-lagunya, kulit-kulit albumnya yang indah dan konsert-konsert mereka yang hebat.
Pink Floyd berasal dari band-band sebelumnya yang bernama antara lain Sigma 6, T-Set, Meggadeaths, The Screaming Abdabs, The Architectural Abdabs dan The Abdabs.
Kemudian band ini diberi nama baru The Pink Floyd Sound dan kemudian The Pink Floyd. Sebelum album pertama dikeluarkan, nama band ini sekali lagi ditukar menjadi Pink Floyd.
Nama Pink Floyd diambil dari dua pemain musik blues, Pink Anderson dan Floyd Council.
Dark Side of the Moon, Wish You Were Here, Animals dan The Wall dianggap oleh banyak pihak sebagai puncak karier Pink Floyd.
Astro Awani
Mon Sep 29 2014

Album baru Pink Floyd penghormatan untuk Rick Wright - Foto AFP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Album baru Pink Floyd penghormatan untuk Rick Wright - David Gilmour
David Gilmour menyifatkan album ini merupakan peluang terakhir untuk peminat Pink Floyd menghayati sentuhan Rick Wright.