VOKALIS kumpulan XPDC, Ali ralat apabila tidak dapat menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah yang dijadualkan pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini.
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, enggan menyusahkan pihak lain.
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat Tarawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti.
"Saya sepatutnya menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
"Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021," katanya kepada wakil media baru-baru ini.
Bercerita tentang sambutan lebaran tahun ini, Ali juga pasrah apabila dia kini sudah tidak boleh menjamah hidangan kegemarannya setiap kali tibanya Syawal.
"Saya teringin, tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
"Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital," tambahnya.
Sementara itu, isteri Ali, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
"Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
"Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
"Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa. Dulu waktu sihat, puasa tak akan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam," ujarnya.
Ali sebelum ini dimasukkan ke hospital pada Mac lalu apabila tiba-tiba jatuh sakit. Selepas seminggu dirawat, kesihatan Ali merosot dan terpaksa ditidurkan akibat kesukaran bernafas.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Sat May 07 2022

Ali juga pasrah apabila dia kini sudah tidak boleh menjamah hidangan kegemarannya setiap kali tibanya Syawal. - Foto Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru.

Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.

Ali XPDC sedih tak dapat kerjakan ibadah umrah
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali enggan menyusahkan pihak lain.

Sayu dengar bacaan solat, Ali ralat tidak dapat tunai umrah 10 malam terakhir Ramadan
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat Tarawih di surau berdekatan pun jadi sayu."

Bergadai emas buat modal jual kerepek, Ali XPDC syukur diberi peluang kedua
Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."

Berdakwah tentang Islam beri ketenangan, serlah tujuan dalam hidup - bekas vokalis XPDC
Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya.

'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.