JAKARTA:Aliff Ali Khan pelakon kelahiran Malaysia yang menempa kemasyhuran di Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dijangkiti COVID-19.
Media tempatan melaporkan, ketika ini, adik kepada aktor Miller Khan itu sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Wisma Atlet, di sini.
Berkongsi khabar terkini keadaan Aliff, peguamnya, Asgar Sjarfi berkata, beliau dimaklumkan, artis berkenaan belum menunjukkan sebarang perubahan yang positif sekalipun sudah tiga minggu dirawat.
Bahkan, Aliff, 29, juga, kata Asgar, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan
"Dia semakin kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.
"Keadaannya bertambah buruk selepas tiga minggu menjalani pengasingan di Wisma Atlet. Dalam masa sama, Aliff berhadapan tekanan kerana proses kes perceraian bersama bekas isterinya Aska Ongi yang masih lagi berjalan," ujar Asgar.
Apa yang membuatkan Asgar risau mengenai anak guamnya itu ialah beliau menghadapi kesulitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan Aliff kerana terputus komunikasi.
Katanya, pada dua minggu pertama, beliau masih lagi boleh berbalas mesej dengan Aliff menerusi aplikasi WhatsApp.
“Selepas dua minggu, hubungan terputus, WhatsApp tidak lagi berjawab dan kami tidak boleh menziarahinya di sana (Wisma Atlet)… kami hanya boleh bertanya khabar Aliff melalui jururawat,” katanya lagi.
Aliff mengikut jejak langkah abangnya berhijrah ke Indonesia untuk mengembangkan kerjaya lakonan mereka.
Antara filem terbitan produksi Indonesia yang pernah dibintangi Aliff ialah Heart 2 Heart selain drama-drama popular seperti Kau Yang Berasal Dari Bintang serta Aisyah Putri The Series: Jilbab In Love.
Aliff juga sepatutnya menghadiri kes perceraiannya dengan Aska Ongi di Pengadilan Agama Jakarta Pusat pada Selasa lalu.
Aktor tampan itu berkahwin dengan Aska Ongi pada 19 Disember 2018 di Bali, namun, rumah tangga mereka hanya bertahan selama 11 bulan.
Menerusi perkahwinan itu, Aliff dan Aska dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alyssa Ismillah Khan.
Sebelum menikahi Aska Ongi, Aliff juga pernah mendirikan rumah tangga dengan model terkenal, Nora Alexandra pada 2016.
Bagaimanapun, rumah tangga Aliff Ali dan Nora hanya bertahan selama setahun.
Agensi
Thu Jan 07 2021

Aliff Ali Khan dilaporkan belum menunjukkan sebarang perubahan yang positif sekalipun sudah tiga minggu dirawat. - Gambar Instagram ALIFF ALI KHAN
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Industri perfileman di Indonesia lebih ke hadapan - Kin Wah
Chew Kin Wah berkata pemikiran dan penerimaan rakyat Indonesia terhadap industri itu lebih terbuka berbanding di negara ini.

Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia
Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia sebentar tadi di kediamannya di sini.