Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Nabil Ahmad mengakui bahawa elemen 'drama' dalam program tersebut sebagai satu perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton.
Nabil berkata, Gegar Vaganza (GV) juga merupakan satu-satunya program yang berupaya membuatkan orang ramai bercakap tentangnya selama seminggu sebelum konsert seterusnya berlangsung.
“Drama dalam GV merupakan satu hal yang orang tunggu-tunggu. Dalam 'terma' bisnes, saya rasa GV merupakan satu show yang berjaya. Ia buat orang bercakap dan nak tengok serta menunggu konsert yang akan datang.
“Nak dapat satu show yang orang begini, tarik perhatian penonon dari minggu ke minggu… kita patut duduk dalam kategori bersyukur. Apa-apa pun, any publicity is a good publicity,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nabil tidak menolak jika ada dalam kalangan netizen yang melabelkannya sebagai seorang 'Pakar Content'.
“Kita di televisyen perlu bersaing dengan TikTok dan platform media sosial lain. Contohnya, TikTok tampilkan video 15 saat… tempoh tersebut terlalu pantas (untuk disaingi).
“Jadi, saya ok kalau orang panggil saya Pakar Content kalau show seperti GV dapat buat penonton duduk layan dan sembang tentangnya selepas itu,” katanya lagi. - Gempak
Gempak
Fri Oct 20 2023
Nabil berkata, GV merupakan satu-satunya program yang berupaya membuatkan orang ramai bercakap tentangnya selama seminggu sebelum konsert seterusnya berlangsung. - Gambar Gempak
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
All Stars Gegar Vaganza: "Dalam 'terma bisnes', GV satu show yang berjaya" - Nabil Ahmad
Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Nabil Ahmad mengakui bahawa elemen 'drama' dalam program tersebut sebagai satu perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton.