KONSERT minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan Ayai Illusi diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan lagu berjudul Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra, Ayai nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu berikutnya.
Sementara, Liza Hanim berjaya merampas kedudukan pertama minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 70.50%.
Bagaimanapun minggu ini menyaksikan beberapa bintang mengalami masalah teknikal berkenaan monitor telinga antaranya Ayai dan Azharina.
Bagaimanapun juri berpendapat masalah tersebut boleh ditangani secara profesional memandangkan mereka yang bertanding merupakan penyanyi berpengalaman.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kelima All Stars Gegar Vaganza:
1. Liza Hanim - Kembali Terang (70.50%)
Hetty Koes Endang: “Lagu ini kamu keluar dari penyanyi asal, itu susah bagus, emosi dapat, power dapat, kemerduan, dinamika itu juga penting, ada sedikit yang tidak sampai. Hati-hati kerana ini kompetisi.”
2. Naqiu - Hakikat Sebuah Cinta (69.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Hari ini lagu saya rasa memang makanan awak. Yang saya suka sebab awak buat kerja awak tanpa fikir orang lain dan awak enjoy. Presentation awak bagus, good job.”
3. Jaclyn Victor - Perpisahan (69.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Balada ni memang forte awak, tak pernah mengecewakan dari aspek emosi yang temanya sedih, selalu menusuk hati.
Overall tak ada isu dengan suara dan nyanyian, isu hari ini adalah tempo. Itu sahaja.
Saya rasa Jac macam ada sedikit perasaan risau kadang-kadang atas pentas. Kita kena menjurikan kita bukan nak cari kesalahan suka-suka. Kita nak berikan yang terbaik.”
Hetty Koes Endang: “Untuk kesemua peserta, kita juri, netizen pun juri, peserta pun juri, macam mana nak jadi juri.
Kamu semua pulang dan menonton kembali persembahan untuk melihat dan mendengar. Kamu boleh tengok apa yang kurang, kalau ada kesalahan perbaiki.”
4. Nikki Palikat - Depresi (67.75%)
Hetty Koes Endang: “Kamu menyanyikan lagu ini untuk tingkat nyanyi senang, yang sulit mungkin koreo.
Semua sudah okey, koreo itu perlu lagi hidup supaya lebih blend dengan penari. Control vocal, suara okey, tembakannya okey.”
5. Aliff Aziz - Penghujung Rindu (66.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Minggu lepas kehadiran Aisyah mungkin bagi semangat pada awak kerana minggu sebelumnya awak macam hilang punca.
Persembahan tadi simple tapi sampai, mesej dia sampai cuma bila menyanyi you kena habiskan karakter tu dengan nyanyian.
Harap semangat pertandingan ini diteruskan sampai bila-bila. Jangan kecewakan saya.”
6. Siti Nordiana - Ngajat Tampi (66.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Lagu ni banyak sangat lirik ulang-ulang tapi lain lain jadi very confusing. Tapi saya bagi awak sebab ingat.
Overall awak punya nada renda perlu jaga. Ada terbabas sana sini tapi overall okey, minggu ni awak nampak lebih relax.
Saya tahu ini pertandingan besar tapi boleh tak anda jangan stress dan enjoy. Kamu semua bagus nyanyi jangan overthink, setiap minggu awak nampak berhati-hati, minggu ni relax.”
7. Tomok - Biarlah Rahsia (65.50%)
Hetty Koes Endang: “Kreatif dari matanya cuma saya lihat close-up seram. Saya berfikir boleh ke tak kamu bawa, itu yang saya ragukan.
Lagu ini perlukan penjiwaan dan pengucapan yang jelas. Kamu harus ikut kick lagu ini, blend dengan lagu.”
8. Ezad Lazim - Pada Syurga Di Wajahmu (64.00%)
Datuk Ramli MS: “Not bad, dekat depan okeylah, kalau bagus sama dengan yang belakang Datuk Nash pun lari.
Lagu ni memang kamu punya genre muzik so should be better yang dekat depan. Sebab merdu dekat belakang sangat elok, kat depan so so je.”
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya tak nafikan awak penyanyi yang bagus, tapi untuk pertandingan ini awak sangat safe. Please do something else sebab ada markah kreativiti, saya nak beri pada awak.”
9. Hady Mirza - Biru Mata Hitamku (62.75%)
Hetty Koes Endang: “Alhamdulillah lagu kamu bawa up beat, enak, seolnya dapat, dari segi suara pitch okey, rhythm boleh enakkan lagi sebab sedikit kaku.
Pitch controlnya okey, yang penting expresi itu harus sesuai dengan lirik.”
10. Azharina - Intai Cinta Dalam Rahsia (62.50%)
Datuk Ramli MS: “Separuh daripada lagu itu hilang. Tempo lari, sama kes macam Ayai. Dekat korus okey cuma dekat depan sahaja. Potong tetap potong.”
Hetty Koes Endang: “Mohon maaf pada sound sistem tolong bantu para peserta kerana perkara itu boleh mengganggu para peserta. Tolong cek ear monitor peserta.”
11. Noryn Aziz - Asmara (60.75%)
Hetty Koes Endang: “Ini baru asli kamu keluarkan malam ini. Memang lagu ini lagu hiburan, malam dengan arrangement yang baharu.
Perbezaan antara yang pertama dan Latin terus terang saya lebih suka yang Latin sebab kamu lebih lepas, yang pertama nampak sedikit tertahan-tahan.”
12. Zamani - Mahakarya Cinta (53.75%)
Datuk Ramli MS: “Banyak masalah, jenis lagu ni memang sangat lain dari apa yang kamu pernah nyanyi, sangat susah, tempo terlepas.”
13. Ayai - Pusara Di Lebuhraya (53.00%)
Datuk Ramli MS: “Apa hal tempo kat depan tu dua kali hancur. Tak ada maaf, itu bukan alasan. Lepas tu nafas kamu tercungap-cungap.
Feel okay, kamu bagi makna dan intonasi lirik tu berbeza. Cuma ada banyak tempat yang tak sempurna. Tempo tu potong tetap potong.”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Mon Oct 23 2023
Beberapa bintang alami masalah teknikal monitor telinga, namun juri berpendapat ia boleh ditangani secara profesional memandangkan mereka yang bertanding merupakan penyanyi berpengalaman. -Gempak
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.