KUALA LUMPUR: Pelakon, Amelia Henderson telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 April lalu, berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia mengesahkan perkara berkenaan, namun tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama rayuan dibuat.
"Saya hanya boleh memaklumkan, rayuan ialah membabitkan keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini," katanya selepas dihubungi media, pada Rabu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, selaku defendan membayar lebih RM200,000 kepada A Aida Production iaitu, bayaran pertama RM3,920; ganti rugi am fitnah RM90,000 dan kos penggambaran drama itu sebanyak RM101,325 selain kos RM18,000 (guaman A Aida).
Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 10 2023

Peguam Amelia mengesahkan perkara berkenaan, namun tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama rayuan dibuat. - Gambar/ Sinar Harian

Ketua tentera baharu Israel ambil alih di tengah krisis
Zamir menegaskan bahawa misinya masih belum selesai kerana Hamas belum dikalahkan.

AS bincang secara rahsia dengan Hamas mengenai tebusan
Utusan khas AS bagi urusan tebusan, Adam Boehler, diberi kuasa untuk berunding secara langsung dengan Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad
- PM ingatkan jangan mudah buat andaian kes Ismail Sabri
- Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan
- Terminal Bersepadu Gombak berkonsep beli-belah bakal jadi tarikan baharu
#AWANIpagi #AWANInews
- PM ingatkan jangan mudah buat andaian kes Ismail Sabri
- Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan
- Terminal Bersepadu Gombak berkonsep beli-belah bakal jadi tarikan baharu
#AWANIpagi #AWANInews

Bangunan Jabatan Kehakiman AS, FBI mungkin dijual
Penjualan itu dilihat sebahagian daripada usaha Trump untuk mengecilkan saiz kerajaan persekutuan.

UCL: Gol dramatik Harvey Elliott pacu Liverpool benam PSG
Elliott hanya perlukan 46 saat selepas masuk dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-87 di Parc des Princes.

Kira-kira 1,000 migran rentas Selat Inggeris dalam empat hari pertama Mac
Lebih 1,000 migran tiba di United Kingdom selepas merentasi Selat Inggeris dalam empat hari pertama bulan ini.

UCL: Inter bawa bekalan selesa ke San Siro
Inter, bimbingan Simone Inzaghi menikmati penguasaan bola yang lebih banyak, tetapi Feyenoord mencipta lebih peluang dalam perlawanan tersebut.

Haba matahari mungkin mempengaruhi aktiviti gempa bumi - Kajian
Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi.
Menteri KDN puji permohonan maaf tiga penyampai radio
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua untuk sentiasa berhati-hati dan menjadi sensitiviti kaum di negara ini.
Isu 3R: Jangan sebar kenyataan hina, persenda agama di media sosial - Aaron
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan dan mempersendakan agama di platform media sosial.

Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.

Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.

Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens
Walaupun berasaskan hiburan, matlamat asal program itu adalah untuk berkongsi dan mendidik audiens tentang realiti yang dihadapi anak seni.

Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.

Amelia tidak perlu bayar RM200,000 kepada A Aida Production
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah 5% secara tahunan bermula hari ini.

Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Mahkamah menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi berhubung isu pelanggaran kontrak.

Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak.

Amelia Henderson percaya keputusan mahkamah
Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, berkata dia sejujurnya tidak meletakkan sebarang harapan atau jangkaan daripada keputusan mahkamah.

'Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir
Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan aktres Amelia Henderson direstui direstui peminat.

Amelia Henderson fail rayuan kes pelanggaran kontrak
Peguam Amelia mengesahkan perkara berkenaan, namun tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama rayuan dibuat.