AHLI kumpulan Ruffedge, Cat Farish, menjelaskan kemunculan semula kumpulan itu adalah disebabkan idea yang disuarakan oleh Amer pada 2016.
Menurut Cat, mereka mengambil masa selama dua tahun untuk membentuk semula kumpulan Ruffedge disebabkan kekangan masa daripada ahli yang lain.
"Sebenarnya idea ini datang daripada Amer yang dia inginkan kami bergabung semula setelah hampir 11 tahun semua membawa haluan masing-masing.
"Sejak daripada itu kami merancang semula perjalanan karier dan memilih lagu yang sesuai untuk dihasilkan dengan pasaran sekarang.
"Alhamdulillah setelah dua tahun merancang kami akhirnya berjaya melaksanakannya pada tahun ini.
"Selain itu juga, kami ada perancangan untuk mengadakan sebuah konsert pengenalan kepada peminat-peminat setia yang merindukan Ruffedge," katanya kepada Astro Gempak.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Raikan Hari Lahir Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
Tambah Cat, Ruffedge akan tampil dengan single baharu pada penghujung bulan Mac depan.
Dalam pada itu, Ruffedge akan membuat persembahan pertama secara umum sempena meraikan hari jadi animasi bersiri popular Boboiboy di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak pada 17 Mac depan.
Sepanjang cuti sekolah bermula dari 17 hingga 25 Mac depan pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh MAPS untuk para pengunjung selain persembahan daripada artis terkenal, Ruffedge, Bunkface, Altimet, Joe Flizzow dan Sonaone.
Gempak
Wed Feb 28 2018

Ruffedge merancang semula perjalanan karier dan memilih lagu yang sesuai untuk dihasilkan dengan pasaran sekarang.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Amer punca Ruffedge bergabung semula - Cat Farish
Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, menjelaskan kemunculan semula kumpulan tersebut disebabkan idea yang disuarakan oleh Amer pada 2016.