Maestro akustik Amir Jahari sejak minggu lepas telah mula menyeru sokongan bagi platform pencarian bakat yang diterajuinya, 'Ilek Ilek Jak' yang dilancarkan di The Talent Lounge, Pusat Perdagangan Petaling Jaya berhampiran Empire Damansara Perdana malam Sabtu lepas. Penyanyi/pencipta lagu kesukaan ramai itu mula menjemput tetamu-tetamu untuk acara 'Ilek Ilek Jak' ini di majlis harijadi sahabatnya Aizat Amdan yang diadakan di Ruang, Subang Jaya.
Tetamu-tetamu undangan yang dijemput menyaksikan showcase bakat baru pilihan Amir itu kebanyakan terdiri daripada rakan-rakan pemuzik, produser, komposer, pemilik label rakaman indie dan pengurus artis. Ahli media turut dijemput kerana inisiatif seperti ini tentunya amat memerlukan sokongan dari pihak media yang relevan.
Kebanyakan audiens yang hadir memenuhkan The Talent Lounge kelmarin nyata memberikan perhatian yang setimpal pada 14 akta yang menunjukkan kebolehan mereka di atas pentas yang sedikit 'horror' itu. Kelihatan sedemikian kerana tokoh-tokoh industri rakaman seperti Jennifer Thompson, Aizat dan Anas Amdan dari KGE, gitaris/produser Jedi Pop Shuvit, penerbit Damian Mikhail, penyanyi Indah Ruhaila dan Loy Ekzan, pengurus program radio iM4U.fm antara yang menyaksikan di hadapan pentas.
Venue pula penuh sehingga ke belakang, yang bersantai di luar juga dapat melihat pentas dari dinding kaca, dan dalam suasana yang sibuk seperti itu sesiapa sahaja bakal sedikit tertekan tidak kira pengalaman. Di luar sama meriah seperti di dalam, dengan artis-artis alternatif di luar radar perdana seperti Maharajalela aka Faizal Shahrin menjaja secara gerila albumnya 'Jual Beli Niat' di atas kaki lima sahaja. Amir sebagai hos dengan sejarah peribadinya selaku penghibur jalanan juga turut ringan membantu mengumumkan album yang "sangat best dan sangat eksperimental" dari rakan seperjuangannya itu.
Pemantauan asal telah dilakukan Amir bersama pasukan pengurusannya berdasarkan demo-demo rakaman yang dihantar lebih 100 peserta pada awal bulan Januari.
Kata bekas busker yang mula meraih kesedaran awam setelah bertanding di Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 itu, tiada kriteria tertentu yang dicari bagi 12 finalis yang disenaraipendekkan itu, cuma 'faktor X' dan ciri-ciri sewaktu dengannya. Lagu-lagu yang dibawapun ada yang terdiri daripada lagu 'cover', dan bukan semua calon yang dipilih membawa lagu ciptaan sendiri.
Daripada kuintet separa tradisional R.U.N.S. (Revolusi Untuk Negara Sendiri) yang menampilkan instrumen yang jarang digunakan berbanding gitar karen, kibod dan drum seperti akordion dan gambus, sehinggalah busker muda, Leia, yang menjadi bualan audiens pada malam itu disebabkan projeksi suara serta 'stage presence' yang ekstrovert dan tidak kaku di pentas.
Akta solo yang tampil pada malam itu termasuk juga Banni Bashisyar, Ainul Winda, Fidz, Tiana dan Ficheri, diiringi minus-one bagi yang tidak mengiringi diri sendiri dengan instrumen live. Fourth December juga berpotensi walau sedikit mentah muzikal mereka tetapi itu lumrah yang ada pada peserta-peserta lain juga. Peserta 'ensemble' (yakni lebih dari seorang) yang lain seperti Damia, Spooky Wet Dreams dan Box For Letters juga pasti berhadapan dengan pelbagai rintangan kecil yang hanya mereka sahaja yang tahu semasa persembahan mereka.
Dengan keadaan pentas yang tiada 'monitor', itu antara perkara teknikal yang harus ditepis awal-awal oleh mana-mana pemuzik yang melatih untuk membuat persembahan. Ia antara benda yang biasa membelenggu pemuzik profesional sekalipun sehingga hari ini, apatah lagi pemuzik yang bermula di peringkat lokal dari universiti keluar berhadapan dengan medan komuniti.
Satu lagi isu yang ketara adalah penampilan di pentas, ataupun pembawaan diri sebagai pemuzik atau 'performer'. Bakat-bakat baru di The Talent Lounge kelihatan masih tidak semua yang belum lagi memahami kepentingan presentasi diri. Bukankah lebih indah jikalau muzik itu diberi rupa dan nama yang sama harum dengan alunan muzik yang dipersembahkan?
Lebih-lebih lagi di acara sebegini: kita tidak tahu bila kita akan mendapat peluang seperti ini lagi, di mana terkumpul sebahagian besar industri muzik hanya untuk menyaksikan kita. Adalah menjadi agak ralat jika memakai jersi bolasepak dan selipar sebagai kostum pilihan persona anda di pentas penilaian sebegini, contohnya. Jadi tanggungjawab untuk mempersembahkan versi artistik yang terbaik sesuatu talent itu tentunya jatuh ke peserta sendiri.
Walaupun begitu, Amir Jahari sendiri selaku pemula platform ini tidak menekankan apa-apa piawai yang ketat atau skema bagi kebebasan peserta-peserta berkarya.
"Saya tidak begitu menilai kualiti lagu lagi kerana saya mahu platform ini terbuka, tanpa kongkongan lama dan tekanan biasa seperti kesempurnaan vokal, persembahan dan sebagainya. Pada saya bakat itu boleh tampil dengan banyak cara, melalui perwatakan seseorang, keperibadiannya dan juga asal-usulnya, bukan sahaja suara dan bakat muzik," terang komposer dan penulis lirik lagu carta seperti "Aku Juga Manusia", "Tanpamu" dan "Gelisah" itu.
Nama-nama yang ini terdiri daripada kugiran pop dan rock (serta juga sebuah kumpulan 'punk rock'), penyanyi solo dengan iringan akustik, duo, trio dan kombo yang beraneka gaya dan penyampaian. Sangat berempati dengan 'enthusiast' seperti mereka yang berani tampil untuk mengketengahkan sendiri karya dan persembahan mereka di dalam posisi 'underdog' sedemikian.
"Saya juga melihat kemahuan yang ada pada seseorang itu, itu antara kualiti yang saya hargai," kata Amir lagi.
Jadi tepukan hormat pada peserta-peserta 'Ilek Ilek Jak' yang menemuh 10 minit masa yang diberikan di atas pentas untuk menarik perhatian sekalian industri muzik baru Malaysia. Penghargaan juga kepada anak-anak seni seperti Amir Jahari yang berwawasan dan sanggup merealisasikan visi yang ikhlas diilhamkan dari perjalanan kariernya sendiri.
'Ilek Ilek Jak' berpotensi menjadi jenama muzik Amir yang fokus kepada memupuk dan membimbing pembikin-pembikin seni masa depan, menjadi sebuah institusi yang boleh menyumbang kepada bunyi Malaysia kelak.
Daily Seni
Sun Feb 08 2015
AMIR: saya mahu platform ini terbuka, tanpa kongkongan lama dan tekanan biasa seperti kesempurnaan vokal, persembahan dan sebagainya - Foto Amir Jahari
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
Kementerian Pertahanan (Mindef) memfokuskan tiga perkara untuk diberikan perhatian dalam usaha menjayakan Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
KUPPutra, Raydiates Blue bantu usahawan PKS
Kelab Usahawan Putrajaya komited membantu usahawan melalui penganjuran bazar Aidilfitri iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya.
Jika rasa pelik dengan diri sendiri, dapatkan bantuan - Amir Jahari anggap media sosial punca masalah mental
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental.
‘Hasrat’ Amir Jahari tercapai, lagu Hasrat dinobat juara AJL38
Lagu Hasrat menewaskan 11 lagu yang lain dengan lagu Sutera dendangan penyanyi baharu, Aisha Retno bergelar Naib Juara.
Guna je lagu saya, YB, saya rela - Altimet
Nampaknya lagu "Hasrat" yang menjadi kontroversi selepas penulis dan juga penyanyi, Amir Jahari tidak mahu ia digunakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk tujuan politik masih lagi tidak reda.
'Amir Jahari, saya minta maaf, saya akan letak lagu nasyid' - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin mohon maaf kepada penyanyi lagu tema filem Imaginur, 'Hasrat' iaitu Amir Jahari kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video di mahkamah.
Mas Ermieyati diminta padam lagu 'Hasrat' di video politik atau berdepan tindakan
Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.
AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.
Amir Jahari lancar platform bakat, 'Ilek Ilek Jak'
Amir Jahari telah mula menyeru sokongan bagi platform pencarian bakat yang diterajuinya, 'Ilek Ilek Jak' yang dilancarkan di The Talent Lounge.
#DermaKilat: Artis lelong barang peribadi untuk bantu mangsa banjir
Penggiat seni Malaysia bakal melelong barang peribadi mereka demi mengutip derma buat mangsa banjir dalam projek #DermaKilat.
Amir Jahari cipta lagu tema Anugerah Seni
Penyanyi dan komposer Amir Jahari terpilih sebagai pencipta dan penulis lirik lagu tema Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 tahun ini.
Amir Jahari berjuang dengan 'Penghibur Jalanan'
Setelah 22 bulan memperkenalkan single pertama Amir kini mengorak langkah dengan pelancaran album sulungnya iaitu Penghibur Jalanan.