PELAWAK dan usahawan Shuib Sepahtu mengesahkan yang dia kini sedang dalam fasa berkenalan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie.
Shuib, 38, berkata, Watie merupakan wanita yang sama keluar makan malam dengannya tempoh hari di sebuah restoran mewah di ibu kota.
“Ya, saya keluar 'dinner' dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami 'dinner' bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.
“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.
“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, 'family' macam mana,” katanya kepada Gempak.
Ditanya adakah Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak, Shuib berkata, dia meminta untuk mendoakan yang baik-baik, seandainya Watie merupakan jodohnya pada masa akan datang.
“InsyaAllah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik.
“Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” kata Shuib.
Terdahulu, netizen mendakwa Shuib keluar makan malam bersama seorang individu yang bernama Watie selepas bayang-bayang wanita itu kelihatan di cermin restoran berkenaan.
Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.
Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.
Tiga lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7. - Gempak
Gempak
Sat Nov 12 2022
Shuib Sepahtu mengesahkan yang dia kini sedang dalam fasa berkenalan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie. - Gempak
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Tak kekok dukung anak, sedondon semua, Shuib bawa Watie beraya bersama keluarga
Shuib berkongsi di Instagram gambar bersama Watie dan keluarga sedondon berbaju warna peach.
Shuib, Watie naik pelamin Jun ini
Tidak lama lagi Shuib akan umumkan tarikh pernikahannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah
Tular gambar disarung cincin, Zara Zya dikhabarkan sudah bertunang...
Andai benar sudah menjadi tunangan orang, tahniah buat Zara Zya.
Shuib nafi tarik diri dari Sepahtu
Dakwaan sudah meninggalkan kumpulan lawak Sepahtu hanya anggapan netizen semata-mata, kata Shuib.
'Anak-anak saya selesa' - Shuib dalam fasa berkawan dengan Watie
Akui Keluar Dinner Bersama, Shuib Dalam Fasa Berkawan Dengan Watie - -Anak-Anak Saya Selesa-
Kedai dirempuh kereta, Shuib syukur semua pekerja selamat - 'Mungkin pemandu ingat drive thru'
Kaunter hadapan kedai, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.
Shuib titip pesan buat para suami sempena setahun pemergian Siti Sarah
Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
Shuib tidak galak anak-anak jadi artis
Kata Shuib, biarlah Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin berkongsi bakat seni dalam lingkungan keluarga sahaja.