PENGALAMAN dipenjara selama 25 hari selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah mengubah personaliti Aryan Khan.
Anak teruna Shah Rukh Khan dan Gauri Khan itu dikatakan mengalami ‘trauma’ berikutan kejadian itu.
Bahkan, anak muda berusia 23 tahun yang selama ini terkenal gemar menghadiri majlis sosial, berpesta dengan rakan-rakan kini didakwa berubah menjadi seorang yang pendiam.
Kenalan rapat kepada keluarga Shah Rukh Khan memberitahu sebuah portal berita, Aryan Khan lebih banyak menyendiri selepas mendapat jaminan pembebasan dengan menghabiskan masa di biliknya.
Selepas diberi jaminan pada 30 Oktober lalu, Aryan Khan tidak mempunyai keinginan untuk bertemu rakan-rakannya.
Difahamkan, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan serta seluruh anggota keluarga itu memberi ruang dan masa kepada Aryan Khan untuk pulih dan kembali seperti kebiasaan.
Media tempatan turut melaporkan, sebagai orang tua yang prihatin dengan anak sendiri, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan akan melakukan apa sahaja demi memastikan mereka sentiasa berasa di sisi Aryan Khan.
Disebabkan itu juga, Shah Rukh Khan memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menghabiskan masa kualiti bersama keluarganya di lokasi percutian Alibaug, Mumbai.
Dengan jadual penggambaran filem yang padat, Shah Rukh Khan dikatakan sedang membuat pertimbangan untuk mengupah pengawal peribadi untuk Aryan Khan.
Aktor masyhur dunia itu akan berusaha melakukan apa yang termampu untuk memastikan keselamatan anaknya.
BACA: Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran
BACA: Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan
BACA: Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara
Pada awal bulan lalu, Aryan Khan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
NCB turut merampas sejumlah dadah dalam serbuan itu.
Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.
Berikutan itu, Aryan Khan dan rakan-rakannya ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai sehinggalah mahkamah membenarkan dia diikat jamin.
Agensi
Sat Nov 13 2021

Shah Rukh Khan dikatakan sedang membuat pertimbangan untuk mengupah pengawal peribadi untuk Aryan Khan. - Gambar fail AP

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan terlepas pertuduhan miliki dadah
Anak kepada pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan dinyatakan bebas dari pertuduhan memiliki dadah oleh The Narcotics Control Bureau (NCB).

Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah
Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah tersebut dijangka disaman oleh superstar Bollywood itu.

Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara
Aryan Khan lebih banyak menyendiri dengan menghabiskan masa di bilik serta enggan bertemu rakan-rakannya.

Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan
Pelakon terkenal yang juga rakan terdekat keluarga Shah Rukh Khan, Juhi Chawla dilaporkan menjadi penjamin bagi pembebasan Aryan Khan.

Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran
Hero Bollywood itu menitiskan air mata kegembiraan selepas mahkamah membenarkan permohonan ikat jamin terhadap anaknya, Aryan Khan.

Anak Shah Rukh Khan masih di penjara, keputusan ikat jamin diketahui petang ini
Permohonan jaminan Aryan Khan kini berada di senarai ke-57.