Setelah 10 tahun menduda, akhirnya pelakon dan pelawak terkenal tanah air Angah Raja Lawak selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan hatinya.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38 tahun, sah menjadi suami kepada Amira Asyura Abd Razak, 21 tahun dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, Ayer Keroh kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Angah yang segak berkurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.
Sejurus dinikahkan Angah kemudian mendirikan solat sunat syukur di depan pelamin yang indah dihiasi ros putih selain diletakkan lima dulang hantaran lelaki dan tujuh hantaran perempuan di kanan dan kiri pelamin.
Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.
Bercadang untuk berbulan madu ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama isteri, angah berkata dia sememangnya bersyukur dipertemukan dengan amira selepas mula bertentang mata tiga tahun lalu.
Katanya, meskipun Amira masih lagi muda, dia percaya wanita pilihan hatinya itu mampu menjadi isteri yang terbaik.
“Saya bersyukur hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi kepada saya untuk mendirikan rumah tangga dan terima kasih banyak kepada rakan-rakan dan kepada wartawan.
“Insyaallah… rancangan berbulan madu belum ada lagi. Saya masih lagi ada kontrak bersama sebuah rancangan komedi sampai bulan empat. Kalau ada rezeki insyaallah kita akan pergi umrah,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Amira yang masih menuntut dalam jurusan komunikasi dan pengajian media di sebuah IPTA di Melaka menyifatkan Angah sebagai seorang lelaki yang berdedikasi dan matang sehingga dia jatuh cinta dengan keperibadiannya itu.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka.
Raffi Bachik
Fri Feb 19 2016

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38 tahun, sah menjadi suami kepada Amira Asyura Abd Razak, 21 tahun dengan sekali lafaz.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.

'Syukur Alhamdulillah semuanya selamat, dipermudahkan' - Isteri Angah Raja Lawak selamat bersalin
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak selamat menimbang cahaya mata perempuan pada Sabtu lalu.

"Mudah serasi" - Jep, Rahim gembira terima Angah Raja Lawak ganti Shuib
Penyampai radio Sinar, Jep Sepahtu akui gembira menerima pelawak Angah Raja Lawak sebagai pengganti tempat Shuib dalam segmen baharu, Pagi Di Sinar.

Angah Raja Lawak harap tidak dibandingkan dengan Shuib Sepahtu
Setelah lebih tiga tahun menumpukan perhatian kepada perniagaan pakaian miliknya, Angah Raja Lawak kini bersedia untuk kembali aktif merencana kerjaya seninya untuk tahun 2018.

Angah Raja Lawak akhiri zaman duda, gadis 21 tahun jadi pilihan
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38 tahun, sah menjadi suami kepada Amira Asyura Abd Razak, 21 tahun dengan sekali lafaz.

MLM 2016 gabung pelawak lama dan baharu
Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baharu.