AHLI magik, The Sacred Riana mungkin kelihatan menakutkan dan menyeramkan namun persona yang pelik inilah telah menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara Asia's Got Talent musim kedua.
The Sacred Riana atau nama sebenarnya Mari Antoinette Riana Graharani telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300) malam tadi.
Keputusan berdasarkan undian penonton semata-mata.
Berambut hitam panjang paras pinggang yang disikat kedepan dan reaksi wajah eksentrik telah mencuri perhatian sejak dari peringkat ujibakat lagi.
BACA: 'The Good is Back' jadi taruhan Fazura, Anggun ... Nantikan!
BACA: Penyanyi Snow On The Sahara, Anggun tayang suami keempat
Malah, semua persembahannya telah ditonton oleh lebih 70 juta pengunjung di Facebook dan Youtube.
Namun, apa yang mencuri tumpuan sebenarnya reaksi salah seorang juri tetap rancangan itu, Anggun yang menjadi subjek untuk pertunjukan magik menyeramkan pada peringkat akhir.
Riana melulu turun dari pentas dan mendapatkan Anggun sebelum menyapu serbuk hitam ke tangan penyanyi itu sambil membacakan ritual yang tidak difahami.
Dalam keadaan kaget dan terkejut selepas menyapukan serbuk hitam itu, timbul lukisan berbentuk bintang pada tangan Anggun.
Riana kemudiannya berlari semula ke pentas mendekati sebuah kotak dan menyeru kemunculan 'syaitan' dalam bacaan ritual lain.
Pentas itu dibanjiri oleh hampir 20 'makhluk' mengerikan yang keluar daripada kotak kecil itu sebelum Riana menghilangkan diri.
Namun, Riana muncul sekelip mata di belakang Anggun yang menjerit ketakutan.
Tidak percaya? Saksikan sendiri persembahan menakutkan Riana pada peringkat akhir Asia's Got Talent 2.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: YouTube
Gempak
Fri Dec 15 2017

Anggun menjadi 'mangsa' magik The Sacred Riana pada pusingan akhir rancangan itu malam tadi.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Di sebalik Asia's Got Talent...
Asias Got Talent merupakan satu francais daripada pertandingan Got Talent yang memburu bakat-bakat daripada 17 negara di rantau Asia.

Lengkap dengan hijab, 'Nama' cipta nama menerusi Asia's Got Talent
Empat sekawan ini merupakan alumni Universiti Malaya, yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.

Snow On The Sahara, lagu Anggun jadi realiti
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berseloroh tentang keajaiban alam itu dengan judul lagu Anggun, Snow On The Sahara.

Anggun jadi mangsa magik The Sacred Riana, juara Asia's Got Talent 2
Juri Asia's Got Talent 2, Anggun menjadi 'mangsa' magik The Sacred Riana pada pusingan akhir rancangan itu malam tadi.

'The Good is Back' jadi taruhan Fazura, Anggun ... Nantikan!
Penyanyi antarabangsa, Anggun, menyifatkan kolaborasi dengan Fazura dalam lagu berjudul 'The Good is Back' itu sebagai satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Anggun teruskan legasi kejayaan menerusi 'What We Remember'
What We Remember yang baru sahaja dilancarkan telah pun memasuki carta Top 10 best selling iTunes.

Penyanyi Snow On The Sahara, Anggun tayang suami keempat
Baru-baru ini penyanyi lagu Snow On The Sahara itu sering berkongsi foto seorang jejaka berketurunan Inggeris yang dipercayai merupakan suaminya yang keempat bernama Christian Kretschmar, 43.