CEF selebriti Anis Nabilah, berazam untuk mengukuhkan lagi jenamanya sehingga ke peringkat antarabangsa selepas menerima Anugerah Platinum di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.
Anugerah tersebut membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekali gus menjadikan Anis antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah syarikat tersebut.
“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.
“Diakui sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar iaitu Universal Music Malaysia di belakang saya.
“Sebenarnya ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.
“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.
Menurut Anis, sejak diwakili syarikat itu ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.
“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah.
"Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.
“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain.
“Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.
Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.
“Tahun lepas ketika COVID-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okey dan ada tawaran kerja yang tak putus.
“Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.
"Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.
“Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix.
“Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa.
"Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.
Gempak
Sun Nov 21 2021

Anis Nabilah berazam untuk mengukuhkan lagi jenamanya sehingga ke peringkat antarabangsa selepas menerima Anugerah Platinum di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. -Gempak
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

'Mungkin rendang untuk Baginda' - Anis Nabilah teringin masak untuk Ratu Elizabeth II
Dia mahu mengambil cabaran untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II kerana mengetahui baginda tidak menggemari bawang putih.

Cef Anis bangga bawa masakan Malaysia ke mata dunia
Cef selebriti Anis Nabilah tekad untuk membawa masakan Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Anis Nabilah raih Platinum Awards, mahu perkenal masakan Malaysia ke peringkat antarabangsa
Anugerah tersebut membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekali gus menjadikan Anis antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah syarikat itu

Kes Aliff Aziz tiada kaitan dengan saya - Farah Nabilah
Selain aktif dengan lakonan, Fawaa mengakui sejak akhir-akhir ini kerap menerima tawaran untuk muncul dalam program masakan.