SELEBRITI versatil, Ifa Raziah menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) selepas penganjuran acara jualan, StarVendors Mega Raya Fest dikira terpanjang di negara ini apabila berjaya merekod selama 75 jam tanpa henti.
Program yang berlangsung pada 22 hingga 25 April lalu itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia atau World Trade Centre (WTC) bersama kehadiran selebriti tanah air yang turut mengadakan jualan.
Pelantun lagu "Ser Ser Ser" itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya bersama sijil berkenaan.
Sebelum ini Ifa yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd itu berkata, usahanya bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga tidak berakhir di situ kerana StarVendors akan menjelajah lagi di beberapa lokasi dalam negara.
“Sebelum ini kita buat 72 jam, tetapi sudah ramai penganjur yang buat.
"Tahun ini, kita pecahkan rekod kita sendiri untuk buat selama 75 jam bermula jam 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengah hari pada 25 April.
“Tidak cukup di sini kita akan buat ‘road tour’ hingga hujung tahun ini. Itulah tujuannya, sebab kita sudah dua tahun tidak dapat berniaga seperti ini.
"Bermulanya di WTC ini kita akan bergerak ke beberapa negeri lain seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Antaranya, Dato Siti Nurhaliza, Dato AC Mizal, Dato Sri Vida, Dato Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatila Melvin, Dato Fizz Fairuz, Dato Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Thu Apr 28 2022
Ifa Raziah menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) selepas penganjuran acara jualan, StarVendors Mega Raya Fest dikira terpanjang di negara ini apabila berjaya merekod selama 75 jam tanpa henti. -Gempak
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Ifa Raziah himpunkan selebriti, pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin
Selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Isu video gelek, Ifa Raziah mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Melaka
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Didakwa 'beli' gelaran Datuk, Ifa Raziah jawab tuduhan netizen
Ifa juga mendedahkan tidak suka bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri.
Anjur acara 75 jam tanpa henti, Ifa Raziah terima sijil Malaysia Book of Records
Program yang berlangsung pada 22 hingga 25 April lalu itu diadakan di WTC bersama kehadiran selebriti yang turut mengadakan jualan.
'Mudah-mudahan sedar koma' - Ifa Raziah mohon doa buat ibu mertua
Ifa berkongsi sebuah video di perkarangan tempat menunggu serta melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.
Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman
Pelakon dan pengarah urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman atau Boy Iman mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa memeluk penyanyi Ifa Raziah.
'Saya bukannya berbogel ...' - Ifa Raziah
Penyanyi Ifa Raziah, kesal apabila ada pihak mempertikaikan tindakkanya memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil seksi dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.
"Buat laporan polis untuk dilindungi, tak tuduh Ifa cuba bunuh saya"- Roslan Shah
Pengacara Roslan Shah menjelaskan dia tidak menuduh mana-mana pihak termasuklah penyanyi Ifa Raziah yang kononnya mengupah pembunuh menembak dirinya dalam laporan polis yang dibuat pada 16 Januari.
Kurus cara sendiri, Ifa Raziah tidak lakukan sedut lemak
Personaliti serba boleh dan versatil, Ifa Raziah menafikan sekeras-kerasnya dia membuat prosedur sedut lemak untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.